Showing posts with label Haiwan. Show all posts
Showing posts with label Haiwan. Show all posts

Saturday, June 5, 2010

Si Pungguk: Setia tapi...Pemalas!

Bagaikan pungguk rindukan bulan. Begitulah setianya haiwan ini terhadap pasangannya..chewah! :)

Anda pula bagaimana? adakah setia seperti burung ini? Mari kita lihat sejauh mana kesetiaan burung. maaf yer manusia-manusia di luar sana. kita bagi burung pula bercerita kisah mereka. rakyat Malaysia nak rehat puas-puas hari nie..kalau para blogger tak tahu laa, mungkin tengah overtime hari ini..heheh. Okeh, mari kita tengok apa yang menariknya tentang si pungguk nih..layannn :)

Gambar si Pungguk (sumber dari google)

Burung pungguk atau dikenali sebagai burung hantu merupakan sejenis haiwan yang sangat setia kepada pasangannya. Dalam kamus dewan bahasa dan pustaka haiwan, mereka hanya akan 'berkahwin' sekali sahaja seumur hidup. Sekiranya sudah menjumpai pasangan yang serasi, haiwan ini akan kekal bersama pasangannya sehingga mati. kita pula bagaimana? dah sedia nak sehidup semati dengan pasangan@couple anda..atau cuma pandai bersandiwara, menabur ayat manis di mulut saja? haha..cuba tepuk dada si pungguk nih tanya jawapannya :)

Spesies ini lebih bersifat mempercayai pasangan masing-masing. malah, tidak akan ada burung pungguk lain yang cuba merampas (ayat kasar sikit) memikat burung yang sudah mempunyai pasangan. hebat kan, memang shuk tabik habis.

kalau dah kena kurung, nak sosial macam mana kan..

Kehidupan sosial haiwan ini pula agak unik dan lebih banyak dihabiskan di sekitar habitatnya sahaja. walaupun tugas membesarkan anak-anak diserahkan sepenuhnya kepada burung pungguk betina, tetapi.. dalam pada masa yang sama burung pungguk jantan akan memastikan keselamatan keluarganya dengan menjadi pakcik guard pengawal di sekitar sarang mereka.  manusia pula macam mana yer. upah sana sini nak jaga keselamatan keluarga. alahai, jatuh sikit martabat suami@ayah yang tugasnya juga sebagai pelindung rumahtangga. nampak macam remeh saja kan tugas nie?

Sekiranya ada penceroboh masuk ke kawasan mereka, haiwan ini tidak teragak-agak untuk menyerang dan membunuh dengan cara..mengoyakkan daging mangsa menggunkan paruh dan cengkaman kukunya yang tajam!whoaa..sungguh perkasa betul si pungguk nie. Agak-agaknya manusia sanggup tak bunuh penceroboh? Mesti laa tidak, sebab kita ada akal yang waras..Alhamdulillah kita dijadikan lebih tinggi darjat dan keistimewaan dari haiwan dan makhluk lain.

Burung ini lebih mementingkan sifat kekeluargaan antara pasangan dan anak-anaknya. Ia hanya akan keluar daripada kawasan kediaman mereka untuk mencari makanan dan sekiranya kawasan kawasan yang diduduki terancam. Spesies ini seolah-olah punyai perasaan yang sangat mementingkan 'cinta' mereka dalam kehidupan. 

jangan pandang saya lama-lama..

NAMUN..disebalik sifat penyayangnya, burung pungguk adalah sejenis haiwan yang PEMALAS. apa? biar betul si pungguk nie..Haiwan ini tidak pernah membuat sarangnya sendiri. Mereka hanya akan menetap di tempat-tempat yang dirasakan sesuai. Wow!..kalau manusia la jadi macam nie, alamat semua orang duduk di rumah yang sedia ada macam rumah flat..hehe. Ada yang menetap di dalam lubang di atas tanah, ada juga yang menetap di liang-liang pokok untuk dijadikan sarang. 

Lagi 1 contoh yang tidak harus anda contohi..si pungguk ini tidak suka membersihkan kawasannya seperti burung-burung yang lain. wahhh! macam orang bujang pula, nak tunggu 1-2 bulan baru nak kemas rumah@bilik. eh, jangan terasa pula yer. 

Rasanya itu saja sifat buruk yang menjadi tradisi si pungguk sejak turun-temurun lagi. Sebelum anda habiskan cerita ini. mari kita tengok sedikit fakta tentang burung hantu@ pungguk :

  • Burung hantu Peregrine Falcon adalah burung hantu yang paling laju di dunia. ia boleh menjunam memburu mangsa dengan kelajuan sehingga 350 kilometer sejam!
  • Burung hantu boleh memusingkan kepalanya hingga 360 darjah untuk mendengar bunyi-bunyian di sekelilingnya.
  • Burung hantu akan memecahkan tulang mangsanya dengan menghempaskan ia di atas batu. kemudian, ia akan makan sum-sum yang terdapat di dalam tulang tersebut.nyum-nyum ^_^

p/s: adakah anda lebih baik dari si pungguk? tunjukkan yang anda lebih bertamadun! terima kasih kepada pembaca yang sudi menghabiskan masa membaca entri ini. ^_^

Thursday, May 6, 2010

Kasih Sayang Sepasang Burung

Mungkin ramai dah lihat, sekadar berkongsi buat peringatan untuk semua. Gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis pada hari ia disiarkan. Di sinilah pasangan (isteri? suami?) kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah.

Di sinilah ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu, dan menemaninya dengan penuh setia dan kasih sayang..


Sekali lagi ia terbang dan datang membawakan makanan, namun ia sangat terkejut apabila mendapati pasangannya telah mati.. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang sepertinya..

Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak, dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian itu dengan hiba..

Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya....Hidup menjadi sepi...

Begitulah kasih sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhluk-Nya..Manusia bagaimana? Pastinya burung yg ditinggalkan pasangan ...hidup menjadi sepi...kita manusia? Renung2 kan bersama. 

Tuesday, May 4, 2010

Penggemar Ikan Keli...Halal atau Haram?

Selamat pagi dan Salam sejahtera.. hari nie tak ade benda nk cerita. cuma nk kongsi beberapa gambar2 yg boleh mendatangkan minat atau selera anda pd makhluk air tawar yg bernama si 'ikan keli'. Ikan keli biasenye korang suke mkn msk pe? goreng rangup2? cili pdi? msk lemak? kukus?. Saye cume reti mkn ikan nie bile digoreng je, klu stail masakan yg lain, maaf la ye, tolak tepi jauh2.. :P

tips yg nk dikongsi berkaitan dgn ikan nie tentang cara nk kenalpasti ikan keli yg dari sumber yg halal dan diyakini pengguna. di sini, ade beberapa maklumat yg boleh anda bace.

Ikan Keli yg makan BAHAN HARAM:-

* Kepala berbentuk "V"
* Bentuk badan bentuk torpedo.
* Badan berwarna hiatm berkilat.
* Bahagian bawah badan berwarna putih melepak.
* Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning.
* Bila digoreng meletup-letup kerana banyak lemak.


Ikan Keli yg mkn BAHAN HALAL:-

* Kepala berbentuk "U".
* Bentuk badan tirus.
* Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat.
* Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu.
* Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan,
* Digoreng tidak meletup.

kalau de salah 1 yg anda rse de pd ikan tersebut, kna la tnye pnjualnye dari mne sumber die dpt, ternak ke, tangkap ke. sbb ikan nie biasanye mkn yg bersih kalau asalnye dari sungai@kolam air tawar. tapi utk yg menternak pula lain ceritanye..de yg mau jimat kos, bgi la mknan yg pelik2 asalkan hidup & membesar. kalau anda rse ragu2, was2, beli la ikan keli dri sumber yg dipercayai, ataupn dari penjual yg Islam. nk lagi yakin, pi pasar yg penjual2nye amik fresh dari ladang atau direct terus dari pemancing2 tegar...heheh.

ok la. xnk ckp pnjg lebar.. buat yg sambut harijdi pd hari nie, de hadiah khas dari peminat2 ikan keli. ^^

Comel tak patung2 ikan keli nie..tgk je ble, mkn sorry yer ~

yang nie baru ble mkn..huhu.cantik2 je kek yg diorang hias nie..syg pulak nk mkn~


ok la, pe pendapat@komen korang? ~lalalala~
kalau nk info lebih jelas, boleh tnye kt jabatan perikanan malaysia dan, ataupn rajin2 belek info joran dlm suratkhabar.

Sumber asal dipetik dari Tuan Ladang Keli
wassalam ◕‿◕
Related Posts with Thumbnails