Sunday, February 20, 2011

6 bulan menyepi dari blogging n___n

Haih..tengah2 buat kerja, tiba2 je rasa nak tengok balik blog nih..tup tap tup tap, lame jugak eh blog nie tak ada ape2 cerita. cian2..huhu.

Nak buat macam mana, tuannye sibuk je dengan kerja.. tak caya?? tanye kucing jiran sebelah >_<

So, dipendekkan cerita...kalau diizinkan masa dan tenaga, blog ini akan di 'update' seperti biasa. insyaAllah.

Bagi blogger2 yang telah singgah blog ini sejak saya tiada hingga sekarang, terima kasih banyak2 saya ucapkan. rajin betul yer korang n__n. 

Selamat tahun baru!!! (lambatnyeee saya wish) ngeee ~

Sunday, August 22, 2010

Pengumuman: Blog akan ditutup buat sementara waktu


 

ASSALAMUALAIKUM...

Lama betul tak update blog nie..dah bersawang tgk, haha. untuk pengetahuan anda semua..saya tiada masa untuk berblog disebabkan komitmen dengan kerjaya buat masa sekarang..mohon maaf dari saya kerana tidak dapat melibatkan diri dalam blog semenjak 1-2 bulan ini..sob2. balik rumah je dah tak larat nak ngadap komputer lama2..kat tempat kerja je dah macam2 laptop dgn pc dah ngadap..adoi. dengan macam2 masalah lagi kena repair..jom tido..haha. mata dah tak larat. 

di kesempatan ini, saya jugak nak mengucapkan selamat berpuasa buat semua kawan2 dan rakan2 dalam blog, semoga anda semua dapat mengerjakan puasa dengan sempurna..amin :)

salam ikhlas dari,

Shuk n___n


hanya senyuman mampu ku hulurkan..ngeh3 :P

Sunday, July 4, 2010

Blog ku bersawang & berlalang..heheh

Salam petang semua. pe dah jadi dengan blog nie? aiyoo..lama betul tak tebas lalang belakang rumah. termasuk la lalang dan semak samun dalam blog saya..hehe. mesti ada yang tertanya-tanya mana la en. senyum nie menghilang seminggu 2 nie. 

Bermulanya esok, saya dengan rasminya akan mula bekerja sebagai technician computer..muahaha. kalau sebelum nie cuma kerja part time di rumah saja. sekarang tak lagi, kerja di office pula. kereta pun tengah mahirkan dengan jalan2 kat kawasan kerja sana. cari-cari tempat parking dekat, jimat sikit minyak. maklumlah, minyak kereta ibu yang sponsor lagi..tak malu betul. tak ape, nanti insyaAllah dah dapat gaji pertama bolehlah isi minyak pakai duit sendiri..huhu.

oklah, malas nak membebel panjang lebar. doakan saya dapat bekerja dengan baik, amanah dan berdedikasi..skema betul. yang penting rezeki tu dari sumber yang halal. bagi kawan-kawan yang masih mencari lagi kerja, saya doakan moga anda dimurahkan rezeki kemudian hari..amin. 

 
habiskan semua game online cepat-cepat!

p/s: lepas nie, tak boleh tidur lewat2 malam dah..sob3.

Friday, June 25, 2010

Kerana Mulut Badan Binasa


Assalamualaikum. apa khabar? shuk harap semuanya sihat-sihat selalu. hari nie hari Jumaat kan. apa aktiviti yang anda buat pada hari nie?

Kalau nak diikutkan plan asal, pagi tadi sepatutnya dah bertolak pergi ke Negeri Sembilan. sebab adik perempuan shuk nak daftar dekat UiTM Kuala Pilah esok. Tapi bila adik shuk yang bongsu tak dapat ikut sebab sekolah, terpaksalah batalkan hajat ikut bersama family ke sana. baru nak happy go lucky, terbantut sudah mood. mandi air terjun dekat sana jangan lupa orang rumah yer..sob3.

Gambar hiasan

Campak jauh-jauh mood sedih. hari nie shuk nak rumuskan sedikit apa pengetahuan yang shuk dapat dari khutbah Jumaat. anda selalu mengantuk semasa khatib sedang membaca khutbah? Shuk ade petua. jalan kaki bagi lelaki yang rumah/pejabat dekat dengan masjid. ambil wudhuk dulu sebelum pergi ke masjid. bagi yang baru berehat dari kerja, memang kadang-kadang tak dapat nak elakkan perkara macam nie.

Berbalik pada tajuk hari nie, berkenaan dengan 'kerana mulut badan binasa'. Apa yang membuatkan kita dapat berkata-kata?berborak sana sini, sembang tak henti-henti, berceramah dan lain-lain. LIDAH. itulah anggota kecil kita, tapi sangat berbahaya jika disalah guna. lidah merupakan nikmat yang Allah berikan kepada kita. tanpa lidah, kita tak dapat nak berinteraksi dengan orang lain. tanpa lidah, kita tak dapat nak sampaikan maklumat. senang cerita, tanpa lidah kita kekurangan satu anggota yang tak ternilai harganya. 

Mengumpat! salah satu perkara yang sangat mudah kita lihat di mana-mana pun. bila kita menceritakan keaiban orang lain, secara tak langsung tidak sedar yang kita telah mendapat dosa. itulah kesilapan yang kita tidak sedari, datangnya dari mulut kita sendiri. walaupun kecil lidah kita, tapi mampu membinasakan badan kita kelak.

Kalau tak silap ingatan saya, ada satu kata-kata yang berbunyi 'jika kita menjaga aib orang lain, insyaAllah Allah akan tutup keaiban kita di akhirat kelak'. jika silap, mohon anda yang arif dapat perbetulkan. Bukan mudah kan nak jaga lidah kita dari berkata perkara yang sia-sia. sekali kita tersalah cakap, padah jawabnya. ada juga hadis yang dibaca oleh khatib berkaitan dengan lidah.tapi saya tak berapa ingat sepenuhnya, jadi saya tak berani nak kongsikan. takut saya sampaikan maklumat yang tak betul nanti..

Jadi, apa yang kita kena sedar ialah tanggungjawab kita menjaga nikmat LIDAH. dari berkata-kata perkara yang sia-sia, apa kata kita ubah sikit..basahkan lidah kita dengan zikrullah. cakap perkara yang berfaedah untuk diri kita dan orang lain. kurangkan mengata, mengadu domba, mengumpat dan lain-lain. bak kata, diam itu lebih baik dari berkata-kata. jangan diam tak bertempat pulak..huhu.

Manusia itu selalu lalai, leka..sebab itu kita kena selalu berpesan-pesan..ingat-mengingatkan kawan-kawan. paling kurang pun ingatkan diri kita sendiri dah mencukupi. saya sampaikan apa yang saya faham, untuk diri saya, juga buat rakan-rakan dan para pembaca. kalau lepas anda dengar khutbah tapi tak faham-faham jugak..mintak je teks ucapan khutbah tu lepas solat. mesti imam tu bagi punya ^_^. kadang-kadang ada juga sesetengah masjid sediakan info khutbah tiap-tiap hari jumaat.~

Jauhkan diri anda dari orang yang suka mengumpat

P/S: sebenarnya ada lagi 1 kisah berlaku sebelum solat jumaat, tapi bila fikir balik tak jadi nak cerita. semoga pakcik tu dirahmati Allah..amin. jangan bersangka buruk dengan orang lain, biar kita buruk takpa~

Tuesday, June 22, 2010

Notis

Assalamualaikum dan salam petang.diharapkan semua rakan-rakan saya di luar sana sihat sejahtera. mungkin para pembaca kadang-kadang terfikir kenape blog saya semenjak 1-2 minggu nie kurang sangat entri. saya nak jelaskan sikit situasi sebenar..disebabkan masa yang tidak mengizinkan, mungkin blog ini tidak dapat di update dalam masa yang terdekat.

Tuan empunya blog sedang sibuk mencari rezeki (kerja) di bumi Johor. Doakan moga-moga saya mendapat peluang pekerjaan yang baik dan halal..insyaAllah. tak sabar nak kumpul duit nak kahwin, opss..sambil mencari kerja di luar, saya sempat jugak buat kerja part-time di rumah..baiki pc/laptop orang. sekurang-kurangnya ade jugak sumber pendapatan sikit, boleh buat duit bekal sendiri kan..huhu :)

Saya ingin memohon maaf sekiranya selama saya berblog dalam 2-3 bulan ini..ada kata-kata penulisan, komen yang buat anda terasa, kecil hati, sedih dan sebagainya..saya cuma hamba-Nya yang lemah, tak lari dari melakukan kesilapan. kepada yang selalu berkunjung ke blog saya, terima kasih saya ucapkan. saya amat hargai kedatangan anda di blog saya. anda boleh tinggalkan link blog anda dalam chatbox. insyaAllah saya akan berkunjung balik ke blog anda, cuma masa membalasnya mungkin tak tentu buat masa sekarang.


Yang baik itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri..

p/s: kerja oh kerja.. ^_^


Friday, June 18, 2010

Kucing dan Manusia


Telah datang seorang ahli sufi di hadapan rumah seorang lelaki. Ahli sufi itu terkejut apabila mendapati lelaki itu sedang memukul seekor kucing. Ahli sufi bertanya kepada lelaki tersebut "kenapa kamu pukul kucing yg lemah ini??"


Jawab lelaki tersebut "aku telah menjumpainya di sebuah lorong ketika ia dalam keadaan yang tersangat lemah dan kesejukan, kemudian aku mengambilnya dan memberinya makanan serta minuman. Aku pelihara sehingga ia benar-benar sihat, tetapi apabila sihat, ia membuang najis di merata tempat di rumahku"


Kemudian berkatalah ahli sufi "Ini sebenarnya peringatan & tamsilan (perbandingan) antara kita dengan Allah. Dia telah memelihara kita sejak dari kecil yang tersangat lemah dan daif, lalu Allah beri kita makan , pakaian dan segala-galanya tetapi setelah begitu banyak kebaikan dan nikmat Allah yang kita kecapi, kita derhaka kepadaNYA. Lihatlah betapa baiknya dan rahmatnya Allah, walaupun kita derhaka kepadaNYA, Dia masih belum menyiksa atau memukul kita dengan azabNYA."


Kemudian beredarlah ahli sufi dan beristighfarlah lelaki tersebut kerana mengenangkan dosa-dosanya terhadap Allah. Jika ia lambat diperingatkan oleh ahli sufi itu, sudah tentu dipertanggungjawabkan atas kesalahannya di mahkamah Allah kelak kerana percubaan mendera kucingnya.

Marilah kita sama-sama bermuhasabah dan menginsafi diri kita serta mensyukuri segala nikmat pemberianNya..insyaAllah~

Thursday, June 17, 2010

Apa Pendapat/Komen/Kritikan/Cadangan tentang Blog ini

Assalamualaikum, salam sejahtera diucapkan. moga anda semua dalam keadaan yang sihat dan ceria selalu. Entri kali ini cuma nak cerita sikit pengalaman sejak menceburkan diri dalam dunia maya iaitu dunia blog..tak silap shuk, rasanya ada laa lebih kurang 9 bulan blog nie bertapak (mula aktif kembali sejak bulan april 2010). pada mulanya saya cuma suka-suka je nak buat blog nie..bila tengok kawan-kawan yang lain ada blog, secara tak langsung saya pun tertarik untuk buat. masa tu toksah cakap laa..blog memang kucar-kacir. dengan template-nya entah ke mana, coding pun tak pandai lagi nak godeh-godeh. rasanya kalau kenang balik, nak tergelak pun ada..huhu.

Sejak berjumpa dengan geng blogger, bermulalah era baru..chewah!. perubahan demi perubahan berlaku secara tak langsung. disebabkan saya memang sukakan benda baru, suka belajar perkara baru. habis semua blog-blog tutorial saya geledah ^_^. edit sana, edit sini.cut sana, paste sini. maklumlah, masa tu blog memang berterabur. antara blog-blog yang saya selalu belajar daripada mereka seperti blog cik Edriena , blog sentral (yang nie dalam bahasa enggeris), blog nescafe ais dan lain-lain lagi. tutorialnya mudah dan senang nak difahami. tapi tak pasti laa semua orang boleh faham kot..hehe.

Dari situ, sikit-sikit shuk edit, buang mana yang patut. bubuh mana yang perlu..kadang-kadang ade juga yang tak patut pun shuk letak... walah, blog shuk mula berubah wajah. tapi masa tu, masih belum jumpa lagi template yang betul-betul sesuai dengan blog shuk. mula-mula saja je test template macam kat bawah nie.

lupa nak print screen penuh template blog dulu, ini je yang sempat ambil

Agak lama juga laa template nie shuk pakai. tapi bila tengok blog-blog lain..kenape banyak blog lain yang sama template dengan shuk nih..dah la tu, semuanya blog dari perempuan..adoi. bila dah lama-lama, tengok pun dh bosan..fikir balik nak tukar template yang baru. kalau boleh jarang orang pakai atau tak ada langsung orang pakai. 
Sekarang, template putih memang menjadi pilihan hati..nampak suci, bersih..huhu. mata pun tak sakit nak tengok kan. tapi tiap kali tengok, macam ada je yang kurang. tak tau la. mungkin sebab manusia nie memang tak pernah puas dengan apa yang ada kot..dan menjadi lumrah sukakan benda yang cantik :)

Apa pendapat korang tentang blog saya nie. 
  1. adakah terlalu berat/lama bila loading? 
  2. banyak widget atau popup yang bukan-bukan?
  3. isi kandungan kurang menarik?
  4. berserabut ke?
  5. iklan tak kena tempat?
  6. saiz tulisan tak boleh nak baca?
  7. friendly user?
bagilah apa pun komen , kritikan anda supaya saya boleh perbaiki mana yang kurang, mana yang tak sedap mata memandang. saya perlukan komen  dan idea anda supaya para pengunjung selesa bila singgah blog ini.

p/s: dulu blog nie hanya untuk saya je baca, sekarang blog dah jadi untuk saya dan para pembaca pula. komen anda amat saya hargai. terima kasih daun keladi ^_^




Wednesday, June 16, 2010

Contest Dialog Kitty di R4T



Salam petang semua. Disebabkan belum ada apa-apa lagi entri yang nak dikongsikan bersama. saya isi masa yang terluang nie dengan menjadi peserta Kontest yang cambest dari R4T. Dari Penganjur yang tak asing lagi, cik Kie-yu!. nie kontest yang kedua rasanye shuk join dalam arena blogger. kontest yang pertama kalau tak silap yang taip-taip laju dari MSR, huhu. Kontest yang nie pulak tak ada taip laju-laju dah, slow motion pun boleh..hehe. menang kalah belakang cerita..kucing punye pasal ngadu nak sangat hadiah tu, terpaksa la tuannya dengan berbesar hati join kontest nie ^_^

Mari tengok dialog kucing ala-ala parsi nie berborak:

Dialog A : Weh labu, aku rasa nak pi memancing kat laut la petang nih. perut aku tengah lapar sangat nie..jom arr. kempunan nak rasa ikan siakap masak steam. (ikan siakap air tawar ke air laut..miowww).

Dialog B : Ko nie buang tebiat ke labi..friskies yang tuan ko bagi pun tak terhabis, ade hati nak mancing ikan tengah laut. karang tak pasal-pasal ko yang jadi lauk si jerung, baru tau.muahaha.


hahah, bab2 ngarut shuk memang no last..kui3. camne, ok tak dialog nie kie-yu? hehe. 

Kontest nie akan ditutup pada : 25 JUN 2010 


Kalau anda berminat nak sertai Kontest nie, sila pergi ke blog R4T untuk makluman lebih lanjut. mudah je kan, kucing kat rumah pun tengah tersenyum tengok shuk join kontest nih..muahaha ^_^

meh tengok penganjur Kontest nie sediakan hadiah untuk para pemenang:

Setelah berhempas pulas berfikir, inilah habuan yang akan diterima oleh pemenang

'Contest Dialog Kitty di R4T'


Meow - Ditempah khas dari tEcikCraft.blogspot.com
habis laa kalau kucing kat rumah dapat hadiah nie, koyak rabak meow nih.heheh. selamat mencuba!

Tuesday, June 15, 2010

Ketika Ujian Datang Menduga Kita...

Assalamualaikum..lama rasanya saya tak buat entri..ada laa dalam 5-6 hari..kesibukan dan kurang masa membuatkan saya tak dapat meluangkan masa lebih untuk blog saya. Hujung minggu lepas baru je ambil adik perempuan saya yang buat PLKN di Desaru. Bukan main seronok lagi bila dapat keluar dari 'penjara'..huhu. bak kata adik saya, kat sane semuanya kena tahan..tahan nak buang air laa, tahan berkawat laa..yang kelakarnya bila tak solat kat surau, boleh pulak sorok2 bawah katil..hah, sekali pelatih PLKN 'spotcheck', kantoi juga akhirnya..siap kena denda, gelak-gelak lagi masa tengah buat denda macam-macam..uda2..huhu..ada video clipnya pelatih rakam masa kena denda..tak sempat nak ambil dari handphone uda.


Uda dengan ibu tersayang



nie gambar masa lawat uda
Depan pejabat tadbir PLKN Desaru

Habis sudah ambil adik, keluarga saya pergi berkelah di pantai..dekat Batu layar, dekat je dari Desaru. pantainya indah, tapi macam biasa laa..sampah tetap ada mana-mana..kadang-kadang bila mandi pun, sampah ikut sama..hehehe..pe nak jadi laa orang Malaysia nih..pantai sendiri pun tak ada rasa tanggungjawab jaga kebersihan..memalukan je..sebelum pergi mandi, saya dengan angah sibuk sediakan bahan-bahan untuk dibakar. uda memang tak larat, tumbang terus..udang, ketam dan ikan menjadi menu makanan kami. senang je nak siapkan semuanya.bahan nak guna alahai senang sangat..Serbuk kari, lada sulah, sos tiram, garam, minyak, serai..dan lain-lain.

depan pantai Batu Layar

tukang hidupkan bara.. (saya, ayah dan angah)

ketam dan udang sedang bermandi dalam aluminium foil ^_^

Lepas santap makanan, apa lagi..mandi la puas-puas..heheh. ade laa dalam 2-3 jam non-stop mandi..tandas nak bersihkan badan macam biasa, kena bayar RM1, buang air 50sen. mahal tak? hahah..

Dalam perjalanan balik, kami sempat pergi beli putu bambu dekat simpang jalan..memang terkenal putu bambu dekat kawasan nih..boleh katakan pembeli tak putus-putus datang. sedap, harga pun ok. ada laa dalam 4 bungkus kami beli. lupa pula nak ambil gambarnya..dah selamat dalam perut masing-masing..hehe ^_^
ayah, pakar dalam segala hal..hehe

 ibu, tukang taste sedap ke tak, merangkap tukang makan ^_^

 cuaca di tepi pantai sekitar waktu tengahari

Dalam mood yang gembira 2-3 hari nie..tiba-tiba musibah datang tiba-tiba. malam semalam sebelum kejadian, kami sempat pergi ke rumah nenek di Kampung Majidee,rumah nenek depan jalan Bunga Raya..ziarah, bual-bual..makan malam lauk ikan pari, ikan masin tenggiri..apa yang nenek masak semuanya sedap-sedap belaka. masa perjalanan pulang, singgah sekejap bazar JB. cari barang-barang untuk uda, maklumlah..dia nak masuk universiti tak lama lagi. beli pakaian, barang-barang lain. Dalam kereta menuju ke rumah, uda tiba-tiba nak keluar ke bandar keesokannya..tapi ibu tak bagi pergi sorang. adik perempuan saya nie memang degil sikit..dipendekkan ceritanya..esoknya dia keluar juga. ayah hantarkan pergi. 

petang tu..saya rasa tak sedap hati, duduk rumah pun tak senang..bila ibu dapat panggilan telefon je, saya dah tertanya-tanya..sapa call? angah..uda tak balik lagi. angah baru je sampai rumah.. lepas maghrib, ibu dapat call lagi..rupanya uda kemalangan. ya Allah, masa tu saya tak dapat fikir apa lagi..ayah cepat-cepat balik rumah, ibu naik kereta gegas pergi ke hospital. saya tak dapat ikut, jaga rumah dengan adik-adik.. Uda kemalangan..motor langgar motor. tunggang dalam kampung kawan dia, dah laa tak pakai helmet..terus dikejarkan ke wad kecemasan..saya tak senang duduk dalam rumah. darah tak henti keluar dari kepala uda.. ujian x-ray dibuat malam tu juga. 

Dalam pukul 1 lebih, ayah balik..tapi senyap je..ambil apa barang yang patut, pergi balik ke hospital. adik-adik macam tak risau, tapi saya yang risau sangat..Hari ini, dia dah sedar..masih tidur lagi..ibu dari semalam dekat hospital sampai sekarang..Alhamdulillah, semuanya selamat..kawan uda yang bawa motor cedera sikit je..tapi motor lain yang langgar, tak silap saya kakinya patah..wallahualam. InsyaAllah, petang nie kami nak melawat nanti...

p/s: terima kasih tak terhingga kepada kawan-kawan yang mendoakan adik P saya..semoga anda dilimpahi rahmat dari-Nya..amin.

Wednesday, June 9, 2010

Tidurlah, Kamu juga Manusia...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..mari kita baca sejenak tentang kisah ini.



Suatu hari, Khalifah Umar Abdul Aziz merasa terlalu panas. Cuaca di luar begitu menyegat, udara pula bertiup kering..Kehangatannya yang membakar kulit membuatkan pakaian khalifah dibasahi peluh. 

Tugas sebagai pemimpin yang sentiasa sibuk, menyebabkan kepanasan itu bertambah-tambah. Tanpa berlengah, Khalifah Umar memanggil pembantunya. "Wahai pembantuku," kata Khalifah Umar sambil mengelap peluh di muka. " Aku terlalu panas dan mengantuk, tolong kipaskan aku," kata khalifah lalu berbaring. Pembantunya akur melaksanakan tugas yang diarahkan. Namum cuaca yang terlalu panas membuatkan Khalifah Umar sukar melelapkan mata. Dia gelisah di perbaringannya. 

Tuesday, June 8, 2010

10 Perkara yang Mematikan Hati Manusia

Ketika Ibrahim bin Ad'ham (seorang ahli tasawuf) berada di pasar Basrah, telah dikerumuni beliau oleh orang ramai, di antaranya ada yang bertanya: "Ya Aba Ishak! Gelaran bagi Ibrahim bin Ad'ham mengapakah kami memohonkan doa kepada Allah, tetapi tidak dikabulkan doa kami?" Ibrahim bin Ad'ham menjawab: "Kerana hati kamu telah mati disebabkan sepuluh perkara:


1. Kamu mengenal Allah, tapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya.


2. Kamu mengaku bahawa kamu cinta kepada Rasulullah saw, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.


3. Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal menurut Al-Quran.

4. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukurnya.


5. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.

6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar adanya, tetapi kamu tidak beramal untuknya.

7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar adanya, tetapi kamu tidak lari daripadanya.


8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar adanya, tetapi kamu tidak bersedia baginya.

9. Kamu bangun dari tidur lalu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.

10. Kamu mengubur mayat-mayat saudara-saudara kamu, tetapi kamu tidak jadikan pelajaran bagi mereka.

p/s: moga pesanan ini dapat kita fahami, amalkan dan sampaikan kepada rakan-rakan yang lain..insyaAllah

Sunday, June 6, 2010

Penghargaan dan Tag dari Rakan Blog

Entri malam nie cuma nak menebus award yang shuk dapat dari rakan-rakan shuk dalam blog. terus terang saya katakan..sebenarnya, saya tak berapa suka minat di tag atau diberi award, sebabnya blog saya belum cukup matang, tambah lagi pengisian yang masih lagi lemah..blog saya lebih banyak bercerita, berkongsi suka-duka saya, pengalaman, ilmu dan pengetahuan yang saya dapat untuk tatapan para pembaca. TAPI..shuk sangat hargai pemberian kamu semua :) bak kata pepatah, musuh jangan dicari, rezeki jangan ditolak..eh, ade kaitan ke pepatah nie dengan award?..eheheh. award yang lama shuk dapat dulu belum sempat lagi nak beri pada tuan/puan/cik/en blog lain.

Award pertama datangnya dari...
ini pula syarat-syaratnya setelah dapat award nih:

Saturday, June 5, 2010

Si Pungguk: Setia tapi...Pemalas!

Bagaikan pungguk rindukan bulan. Begitulah setianya haiwan ini terhadap pasangannya..chewah! :)

Anda pula bagaimana? adakah setia seperti burung ini? Mari kita lihat sejauh mana kesetiaan burung. maaf yer manusia-manusia di luar sana. kita bagi burung pula bercerita kisah mereka. rakyat Malaysia nak rehat puas-puas hari nie..kalau para blogger tak tahu laa, mungkin tengah overtime hari ini..heheh. Okeh, mari kita tengok apa yang menariknya tentang si pungguk nih..layannn :)

Gambar si Pungguk (sumber dari google)

Burung pungguk atau dikenali sebagai burung hantu merupakan sejenis haiwan yang sangat setia kepada pasangannya. Dalam kamus dewan bahasa dan pustaka haiwan, mereka hanya akan 'berkahwin' sekali sahaja seumur hidup. Sekiranya sudah menjumpai pasangan yang serasi, haiwan ini akan kekal bersama pasangannya sehingga mati. kita pula bagaimana? dah sedia nak sehidup semati dengan pasangan@couple anda..atau cuma pandai bersandiwara, menabur ayat manis di mulut saja? haha..cuba tepuk dada si pungguk nih tanya jawapannya :)

Spesies ini lebih bersifat mempercayai pasangan masing-masing. malah, tidak akan ada burung pungguk lain yang cuba merampas (ayat kasar sikit) memikat burung yang sudah mempunyai pasangan. hebat kan, memang shuk tabik habis.

kalau dah kena kurung, nak sosial macam mana kan..

Kehidupan sosial haiwan ini pula agak unik dan lebih banyak dihabiskan di sekitar habitatnya sahaja. walaupun tugas membesarkan anak-anak diserahkan sepenuhnya kepada burung pungguk betina, tetapi.. dalam pada masa yang sama burung pungguk jantan akan memastikan keselamatan keluarganya dengan menjadi pakcik guard pengawal di sekitar sarang mereka.  manusia pula macam mana yer. upah sana sini nak jaga keselamatan keluarga. alahai, jatuh sikit martabat suami@ayah yang tugasnya juga sebagai pelindung rumahtangga. nampak macam remeh saja kan tugas nie?

Sekiranya ada penceroboh masuk ke kawasan mereka, haiwan ini tidak teragak-agak untuk menyerang dan membunuh dengan cara..mengoyakkan daging mangsa menggunkan paruh dan cengkaman kukunya yang tajam!whoaa..sungguh perkasa betul si pungguk nie. Agak-agaknya manusia sanggup tak bunuh penceroboh? Mesti laa tidak, sebab kita ada akal yang waras..Alhamdulillah kita dijadikan lebih tinggi darjat dan keistimewaan dari haiwan dan makhluk lain.

Burung ini lebih mementingkan sifat kekeluargaan antara pasangan dan anak-anaknya. Ia hanya akan keluar daripada kawasan kediaman mereka untuk mencari makanan dan sekiranya kawasan kawasan yang diduduki terancam. Spesies ini seolah-olah punyai perasaan yang sangat mementingkan 'cinta' mereka dalam kehidupan. 

jangan pandang saya lama-lama..

NAMUN..disebalik sifat penyayangnya, burung pungguk adalah sejenis haiwan yang PEMALAS. apa? biar betul si pungguk nie..Haiwan ini tidak pernah membuat sarangnya sendiri. Mereka hanya akan menetap di tempat-tempat yang dirasakan sesuai. Wow!..kalau manusia la jadi macam nie, alamat semua orang duduk di rumah yang sedia ada macam rumah flat..hehe. Ada yang menetap di dalam lubang di atas tanah, ada juga yang menetap di liang-liang pokok untuk dijadikan sarang. 

Lagi 1 contoh yang tidak harus anda contohi..si pungguk ini tidak suka membersihkan kawasannya seperti burung-burung yang lain. wahhh! macam orang bujang pula, nak tunggu 1-2 bulan baru nak kemas rumah@bilik. eh, jangan terasa pula yer. 

Rasanya itu saja sifat buruk yang menjadi tradisi si pungguk sejak turun-temurun lagi. Sebelum anda habiskan cerita ini. mari kita tengok sedikit fakta tentang burung hantu@ pungguk :

  • Burung hantu Peregrine Falcon adalah burung hantu yang paling laju di dunia. ia boleh menjunam memburu mangsa dengan kelajuan sehingga 350 kilometer sejam!
  • Burung hantu boleh memusingkan kepalanya hingga 360 darjah untuk mendengar bunyi-bunyian di sekelilingnya.
  • Burung hantu akan memecahkan tulang mangsanya dengan menghempaskan ia di atas batu. kemudian, ia akan makan sum-sum yang terdapat di dalam tulang tersebut.nyum-nyum ^_^

p/s: adakah anda lebih baik dari si pungguk? tunjukkan yang anda lebih bertamadun! terima kasih kepada pembaca yang sudi menghabiskan masa membaca entri ini. ^_^

Ronda-Ronda sekitar Bazar JB

Assalamualaikum dan salam pagi kepada kawan-kawan dan pembaca setia blog shuk.Malam nie shuk buat aktiviti jalan2 luar sekejap temankan ibu dengan ayah makan kat luar. hajat ibu shuk sebenarnya teringin nak makan mee rebus dekat Kampung Melayu, tapi dah habis pulak bila dah sampai. nak kata punya laris sampai habis, memang hebat warung tu.. jadi, terpaksalah pergi makan dekat warung lain sekitar Kampung Melayu.
Moto family saya mudah je..kalau sekali makan tempat tu, tak sedap or mahal cekik darah..maknanya itu laaa kali pertama dan kali terakhir kami singgah ke tempat tu. betul tak? heheh. family shuk memang cerewet sikit bab makan, macam pengkritik pun ya..lagi satu, yang selalu menghairankan bila warung yang tak ramai family shuk singgah, mesti je ramai datang kemudian. macam pelaris pulak..ngeh3. tapi kebiasaannya macam tu laa.

Lepas makan, komen2 sikit warung tu..sempat usha2 tengok2 kucing2 mana yang comel2.. :P

lepas habis makan, family ajak jalan2 tengok bazar JB. tempat niaga lama shuk dulu dengan adik. memang sudah jadi trend atau kebiasaan pada para peniaga menyemakkan bazar JB pada waktu hujung minggu. boleh dikatakan hari paling ramai pembeli dan pengunjung singgah di bazar JB. banyak perubahan yang shuk dapat tengok. tapak niaga makin banyak dibuka oleh MBJB. barang pun makin banyak. tapi ada juga yang kadang2 saya tak puas hati dengan bazar nih.

1. Peniaga tak pandai gunakan kelebihan yang MBJB sediakan. contohnya: peniaga rata2 menjual barang yang sama. barang yang paling jelas anda boleh tengok seperti selipar CROCS, baju2 baru dan lain-lain. kalau shuk kira malam tadi, ada juga dekat 5-6 peniaga menjual barang yang sama. tambah lagi diorang kena bersaing lebih. cuba la jual barang lain dari yang lain. barulah pembeli minat nak datang beli.

2. Bagi peminat barang2 lama atau antik, anda boleh jumpa di bazar JB nih. tapi shuk terfikir juga..larat ke diorang niaga hari2 dengan hanya pamerkan barang2 lama. tak dapat nafikan barang lama memang ramai yang suka tengok, membelek. tapi kebarangkalian untuk membeli tu rasanya sangat rendah. kecuali orang itu memang peminat atau pengumpul barang2 lama. tapi kalau niat mereka sekadar untuk pameran,bukan untuk mencari duit.. memang shuk alu-alukan. :)

ok, shuk berhenti bab2 komen2.nanti ramai pula yang marah2 kat shuk. mari kita tengok sekilas lalu suasana di bazar JB :)

bila anda lihat lorong ini di luar seperti tidak ada jual apa2..
jom kita lihat apa ada kat dalam.
Tu dia! macam muzium dah..heheh (seterika arang pun ada) lolz

dulang2 lama..segala benda yang lama

Rumah perkampungan Setulang Laut di hadapan Sekolah Foon Yew bertarikh 28.11.1962.
(gambar nie yang menarik mata kami)
Pasar JB dari Sungai Seget pada tahun 1940 

fewiit! wajah2 lama zaman 60-70 an

koleksi duit2 lama, cincin dan lain-lain

ibu shuk jenguk2 tengok novel2 lama

poster wajah-wajah lama dan baru

poster-poster lain

barang lama dan baru (tengah belek2 portable speaker creative masa nie)

wah, kaset2 lama pun ada..( boleh pakai lagi ke nih bang?)

ibu sempat lagi belai kucing..marah karang tuan gerai..huhu :)

Disebabkan para peniaga semakin pesat, pesaing pun makin bertambah. family saya cadang nanti-nanti je niaga. masih memikirkan strategi..apa la benda nak jual kat bazar JB nih..sebab masa awal2 shuk niaga dulu, tak sesibuk sekarang. takut rugi je sewa tapak, tapi pulangan tak ada..

itu saja yang shuk nak kongsi dengan kawan-kawan dan para pembaca. harap anda semua terhibur ^_^


Thursday, June 3, 2010

Wednesday, June 2, 2010

Antara Doktor dan Mat Rempit

Salam sejahtera rakan-rakan dan para pembaca sekalian. hari ini saya nak kongsikan sedikit tentang sebuah kisah antara doktor dan mat rempit. apa perkara yang korang boleh kaitkan antara doktor dengan mat rempit? cinta antara 2 darjat yang berbeza? atau penagih dadah dengan pembekalnya? macam2 korang boleh bayangkan. tapi kisah kali ini mungkin tak terlintas dalam fikiran korang. meh kita tengok cerita ini lebih lanjut. kisahnya berbunyi begini...



Sebagai seorang doktor yang tugasnya menyelamatkan nyawa manusia,tentulah saya merasa bangga dengan profesion saya ini. Sememangnya inilah cita-cita sebenar saya selama ini. Etika dan sikap profesionalisme sering saya amalkan. Apatah lagi saya juga seorang pensyarah di Pusat Pengajian Perubatan di salah sebuah universiti terkemuka. Saya sering menanamkan dan menekankan aspek insaniah dalam diri bakal-bakal doctor yang merupakan pelajar saya.

Suatu hari yang ditakdirkan Allah, saya di ajar tentang suatu nilai yang saya terlupa oleh seorang mat rempit.

Saya menoleh jam loceng saya. "Ah….baru 3am dan saya baru terlena hanya 2jam sahaja." Tapi,apakan daya kerana tugas,saya terus mencuci muka dan terus menggapai kunci kereta saya. Inilah rutin seorang doktor yang kita kenali sebagai `on call`.

Setelah memecut kenderaan saya,akhirnya saya tiba di bilik kecemasan. Ada satu kes kemalangan. Seorang penunggang cedera parah dan pemboncengnya meninggal dunia di tempat kejadian.

"Tolong doktor..Tolong selamatkan kawan saya," rayu seorang lelaki muda berseluar jean yang koyak dibahagian lututnya. Inilah trend pakaian mat rempit. Setelah 4 jam dibilik pembedahan,mangsa berjaya diselamatkan dan kaki kanannya terpaksa dipotong. 


Entah mengapa hari itu, terlintas bisikan syaitan dalam hati saya yang menyatakan`you deserve to get it`. Astaghfirualallahal azim, sebagai seorang doktor,saya tidak harus meletakkan prejudis saya sebagai prioriti dalam merawat pesakit. 
 gambar hiasan

Melihat pesakit saya dari sudut siapa dia sebenarnya adalah salah. Hal ini kerana, dalam merawat dan meyelamatkan pesakit,nyawa setiap manusia begitu bernilai walaupun pada pandangan kita atau sesiapa,dia bukanlah apa-apa.

Keesokan harinya,saya pulang dari hospital agak lewat malam. Kepenatan benar-benar menyebabkan saya tidak sabar untuk tiba di rumah.

"Ah….lampu merah pula!!" Maka saya terus menekan pedal brek dan menunggu giliran sambil mata saya tertumpu pada suatu peristiwa yang menarik. Saya melihat seorang lelaki yang koyak jeannya dilutut menunggang dengan laju melanggar lampu merah tanpa rasa bersalah. Dalam hati saya berdetik "sah mat rempit lagi. Tak ada kerja lain ke selain menyusahkan orang lain." Tiba-tiba saya melihat pemuda itu berhenti,menongkat motornya dan berjalan kedepan.

Saya benar-benar malu pada diri saya sendiri melihat pemuda itu mengambil bangkai kucing yang saya kira baru saja dilanggar petang tadi,mengalihkannya ke tepi jalan agar tidak dipijak hina oleh kenderaan lain.

"Allahuakbar."

Saya benar-benar tersedak dengan bisikan hati kecil sendiri. Saya rasakan diri ini sangant mulia apabila menyelamatkan nyawa manusia,tapi tidak terlintas dan tidak sanggup membela bangkai binatang itu padahal ia juga suatu nyawa yang harus dihargai dan dimuliakan. Sedangkan dia seorang mat rempit yang mungkin tidak menghargai nyawanya sendiri boleh meletakkan nilai harga nyawa seekor binatang pada aras yang tinggi. Sesungguhnya Tuhan sedang mengajar saya sesuatu.

Sesungguhnya saya telah belajar sesuatu dari seorang mat rempit. Kemuliaan seseorang itu bukan terletak pada berapa besar dan tingginya jasa dan sumbangan pada sesuatu tetapi dinilai dari berapa besar seseorang itu mengerti makna kewujudan sesuatu dan menghargai.

Ini bukan kisah yang memberi pengajaran bahawa kita juga boleh menjadi mulia walaupun seorang mat rempit, lantas menanam cita-cita untuk menjadi kaki rempit. Namun cerita ini membawa pengajaran bahawa kita tidak boleh terlalu berbangga dengan diri sendiri dan membiarkan prejudis membezakan diri kita dengan golongan lain. 


Sikap prejudis dan buruk sangka akan mengurangkan etika dan meruntuhkan sikap  professional yang ada dalam diri kita..wallahualam.

p/s: semoga anda dapat sedikit pengisian yang baik dalam diri kita dan diri saya juga..

Bila Kesunyian Melanda???

Salam semua.harap anda sihat sejahtera.bagi yang dah penat dari kerja, rehat cukup2 yer.

Luahan dari hati saya..maaf yer kalau entri malam nih sayu-mayu sikit..
Hati ini kadang2 sangat sunyi..bila orang yang tersayang bukan lagi jodohku..hanya mampu doakan kebahagian mereka berkekalan..

Mungkin kita pernah merasakan kesunyian melanda sanubari dan jiwa kita...Apabila benda macam ini terjadi, kita pasti merasa diri kita ini amat hampa, seolah-olah hilang entah ke mana...pergi mengembara jauh ke sana.

Hati ini merasa begitu terseksa sehingga di malam hari pun selalu terjaga. Bila hal seperti itu terjadi, saya merasakan seperti tak ada seorang pun yang dapat memahami kita, tak ada tempat untuk berkongsi cerita, berkongsi duka dan berkongsi rasa.

Hidup nie rasa semakin terseksa, macam dah tak ada makna lagi..

Bila itu yang kita rasakan..yang saya rasakan..
mungkin ada yang selama ini kita lupakan? Bahawa ketika kita sedar dari mimpi dan termenung dalam kesunyian..di saat itu sebenarnya Allah ada bersama kita.



 

Tuesday, June 1, 2010

DIGI Broadband Kembali Menggegar!

Promosi DIGI ini SAH dari 1 Jun hingga 31 Ogos 2010.
TANPA 
KONTRAK! 
TANPA 
BAYARAN PENDAFTARAN. 
TANPA
BAYARAN PENGAKTIFAN.!
Dapatkan PERCUMA modem HSDPA dengan POTONGAN HARGA REBAT!
(apabila anda signup untuk Explore 10GB dan Explore 16GB)

Sempena Promosi hebat dari DIGI, anda boleh nikmati pelbagai tawaran yang menarik:-

  1. PERCUMA RM10,000 Insuran Personal Accident (PA) dengan Broadband dari DIGI!
  2. SATU-SATUnya Broadband yang sangat Rock dengan Muat Turun lagu tanpa HAD!
  3. Kemaskini Internet Connection Manager anda dengan DIGI. 

Anda boleh memilih PELAN DIGI Broadband yang sesuai dengan anda seperti yang tertera di bawah:
Pelan Broadband DIGI

Jika anda tidak pasti pelan mana yang sesuai, anda boleh pergi ke link ini >> PLAN Recommender

layari internet dan laman sosial dengan mudah!


F.A.Q

Anda juga boleh nikmati muat turun lagu tanpa HAD dengan percuma ( boleh diguna pakai dalam masa 12 bulan pertama sahaja).


 Muat Turun Lagu tanpa Had!


Untuk Semak Line coverage anda, boleh pergi ke link ini >> COVERAGE

Untuk Sebarang Pertanyaan atau Maklumat Lanjut, anda boleh layari laman web DIGI
atau copy dan paste link ini dalam browser anda. http://www.digi.com.my/internet/broadband/index.html


Jom kawan-kawan, bertukarlah ke broadband DIGI!. bagi sesiapa yang belum mempunyai Internet, dapatkan broadband hari ini dengan SEGERA.  

Promosi DIGI ini SAH dari 1 Jun hingga 31 Ogos 2010.

Monday, May 31, 2010

Adab-adab Menerima Pengunjung dalam Blog

Assalamualaikum buat semua kawan-kawan dan rakan2 blogger di luar sana. topik malam ini nak cerita sikit tentang...ada apa dengan tetamu? haaa..tetamu tu macam kita ziarah blog orang lain, kiranya kitalah tetamu dalam blog tu.pengunjung atau tetamu akan suka untuk ziarah kalau kita sambut dengan cara yang baik..chewah. nak tarik pengunjung lawat pun kena ada cara yang berhemah, ada adab-adabnya. bergantung pada masing2 punya cara kan. Okeh, mari kita tengok cara-cara yang sesuai semasa menerima tetamu:


 
Related Posts with Thumbnails