Thursday, May 13, 2010

Ada APA dengan BAZAR JB???

Assalamualaikum..lama betul tak menulis entri pada minggu nih, lebih2 lagi sekarang waktu saya sekarang sedang sibuk mencari peluang kerja, tak kiralah di pelusuk mana pun..asalkan rezeki halal, cekup saja kan :). oklah, saya nak cerita sedikit tentang apa yang menarik dekat sekitar JB nih. Kawan-kawan pernah dengar Bazar JB? bukan bazar malam dekat tepi2 rumah, tepi2 jalan tuh..tapi Bazar JB nih lain daripada yang lain. Mungkin bagi penduduk di JB, anda tidak hairan dengan bazar ini, tapi bagi pelancong atau pendudul dari negeri lain, mungkin ini merupakan satu bisnes atau rezeki baru bagi anda..ngeh3. 

Bazar ini bila anda masuk je, mesti pelik..mesti terpinga2..nie bazaar ke muzium nih? sekali tengok macam biasa je kan..tapi bila anda tengok betul2, baru anda tahu yang tempat nih merupakan punca rezeki yang mudah untuk mendapat hasil lumayan..tetapi bergantung kepada apa yang anda jual. 

Gambar nih hari pertama berniaga di bazaar JB..dgn adik sy, angah :)


Kalau tak silap saya, sejarah bazaar JB nih bermula pada awal tahun 2009. masa tu, cuma ada beberapa peniaga je yang berniaga di sekitar ruang legar Segget. Sejak itu, dari hari ke hari semakin ramai peniaga mula berjinak2 menjual barang2 di kawasan ini. Sejak itu Bazar JB kini mula menjadi tumpuan bagi penduduk tempatan dan pelancong yang ingin membeli barang-barang antik, aksesori dan pakaian atau sekadar menikmati suasana malam di bandar raya ini. :)

Program Bazar Johor Bahru (Bazar JB) pada waktu malam ini mula diperkenalkan oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sejak awal tahun 2009. Tujuan Bazar JB ini diwujudkan untuk memberi peluang baru kepada orang ramai yang berminat berniaga kecil-kecilan tetapi tidak mengetahui lokasi sesuai untuk membuka tapak perniagaan.

Cara untuk mula berniaga, sangat mudah:

1. Para peniaga hanya dikenakan caj pembayaran kupon yang berpatutan iaitu RM5 setiap malam dan mereka yang berminat menyertai program itu hanya perlu mempunyai lesen perniagaan. untuk penggunaan elektrik, hanya perlu bayar RM5. nak guna banyak mana pun tak kisah.
Nie bukti hari pertama saya dan adik saya mula berniaga. kenangan manis tu :)

2. Apa yang menarik, dengan caj yang tidak membebankan itu serta kemudahan yang dinaik taraf, ia mampu untuk menarik lebih ramai peniaga sekali gus memeriahkan suasana Bazar JB.

3. Selain itu, bazar JB nie dilihat menjadi salah satu usaha MBJB untuk merancakkan kegiatan sosioekonomi warga bandar raya ini bermula pada setiap malam bermula pukul 6 petang hingga 2 pagi.

Mari kita tengok pula antara barang-barang yang saya jual :)

 Tapak korang mudah je, kat tempat parking yang sudah dikhaskan oleh MBJB :)


 Masa awal2 berniaga, cd, dvd lama, cd game lama boleh lagi dijual. tapi xsilap saya sekarang ketat sikit peraturannya :) bertuah dapat habis jual cd2 lama yang tersadai kat rumah. :)


Cuba korang tengok apa yang saya jual, macam2 ada..muahaha! panah dari sarawak pun ada? LoLz :)
Masa nie, saya dengan adik saya dah advance sikit..gambar nih xsilap masa niaga minggu ke 3-4. Hi-Fi ada, komputer lama pun ada, seluar kesayangan pun ada..heheh :P
Senang cerita, segala barang yang ada kat rumah anda boleh jual :)

 Kebiasaannya, Pengunjung lebih berminat mencari barang lama, atau barang yang jarang ditemui. contohnya barang yang kami ada jual dulu..Sega 16 bit 1 set, beserta dengan tape2 gamenya yang dalam keadaan yang baik. bagi peminat game lama, pasti anda teruja kan bila terjumpa game lama zaman dahulu masih ada lagi pada kitorang. kebanyakan barang yang kami jual biasanya barang lama dan terpakai. bagi penjual yang jual barang2 baru biasanya jarang laku sebab apa? sebab barang seperti itu sudah biasa kita jumpa di mana2.

Selain itu, pembeli dan pengunjung juga dapat tengok barang-barang lain seperti barang2 antik, beg2 mahal dan jarang anda jumpa yang diimport dari negara lain dan negara terdekat seperti Singapore. Bukan itu saja, anda juga boleh tengok barang2 elektronik yang lama2, baju2 bundle, ubat-ubatan, handphone, dan lain2. Ada juga penjual yang lagi 'otai' hebat..basikal, kayu golf pun dia jual..huhu. mau satu lori kan nak bawa semua itu. 

Baiklah..bagi anda yang tinggal di JOHOR terutama yang berada di Johor bahru. kalau anda berminat nak menjual barang anda, mahukan pengalaman berniaga secara kecil-kecilan dengan hanya modal RM5 sahaja setiap hari..jangan buang masa, pergi terjah bazar JB nih.. :)

p/s: nak tahu pendapatan saya dan adik saya dapat dalam 1 bulan? ngeh3..rezeki kami sekeluarga. modalnya pun masih ada lagi sampai sekarang. Ayah saya yang paling banyak berkorban, terima kasih ayah  ^___^





16 KOMEN:

nabilah_2908 said... [Reply to comment]

hrumm...kat area mana bazar ni..?

rumah nnk sy kt JB gak...tiap kali hari raya sure akan ke sana...mana la tau raya kali ni bleh jalan2 kt bazar ni.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
ALAHAI VIVA BIRU

Shuk said... [Reply to comment]

kat segget.dkt gak ngan masjid india, BSN. nanti de masa try la jalan2 kat situ yer~

Unknown said... [Reply to comment]

whoaa. spe yg TAK dijual kt cni? :p

hanaKir@ said... [Reply to comment]

hee,,crocs bnyk dijual

CY said... [Reply to comment]

besh pegi bazar...
bleh cuci mate...hehe

Shuk said... [Reply to comment]

Lin - nak jual org ke? huhu :P

hanaKir@ - crocs pun byk gak, tpi kna hati2 bila nk beli, takut de yg ciplak pnye :)

nkara - opss, cuci pinggan mangkuk kt warung lgi baik, heheh. org singapore slalu gak dtg, lgi2 time hjg minggu :)

NomborSebelas said... [Reply to comment]

best ke bazar JB ?

Shuk said... [Reply to comment]

best, lagi2 kalau barang tu kualiti baik, dpt harga murah :)

Anonymous said... [Reply to comment]

gambo tu da macam backyard sale dah syuq tengok..huhu macam slalu dlm cite omputih tu ;P

Shuk said... [Reply to comment]

yeke..cite omputih mane syuq tgk de cm dlm gmbr nih?..huhu~

Ezad said... [Reply to comment]

Bro.. salam kenalan.. ak JBrean n supp0rt kewujudan bazar nie.. n harap bisnes ko brtambah maju k..

http://www.onlyezad.com

JBrean.. hidup!!!

Ezad said... [Reply to comment]

nway FB ak adiexezad

Shuk said... [Reply to comment]

@Ezad: ak dah tak niaga lagi dah, peniaga makin ramai.hidup johorean.heheh :)

mamatkental said... [Reply to comment]

Salam
masih ada lagi kosong ke... sye nk niaga kat situ. Bleh tak trangkn syaratnya

mamatkental said... [Reply to comment]

Salam. Klau sye nk niaga kat situ leh.. ape syaratnye. Bole trangkn

Anonymous said... [Reply to comment]

kyrie 9
off white clothingoutlet
yeezy 350
jordan shoes
off white

Related Posts with Thumbnails