Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

Wednesday, June 9, 2010

Tidurlah, Kamu juga Manusia...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..mari kita baca sejenak tentang kisah ini.



Suatu hari, Khalifah Umar Abdul Aziz merasa terlalu panas. Cuaca di luar begitu menyegat, udara pula bertiup kering..Kehangatannya yang membakar kulit membuatkan pakaian khalifah dibasahi peluh. 

Tugas sebagai pemimpin yang sentiasa sibuk, menyebabkan kepanasan itu bertambah-tambah. Tanpa berlengah, Khalifah Umar memanggil pembantunya. "Wahai pembantuku," kata Khalifah Umar sambil mengelap peluh di muka. " Aku terlalu panas dan mengantuk, tolong kipaskan aku," kata khalifah lalu berbaring. Pembantunya akur melaksanakan tugas yang diarahkan. Namum cuaca yang terlalu panas membuatkan Khalifah Umar sukar melelapkan mata. Dia gelisah di perbaringannya. 

Wednesday, June 2, 2010

Antara Doktor dan Mat Rempit

Salam sejahtera rakan-rakan dan para pembaca sekalian. hari ini saya nak kongsikan sedikit tentang sebuah kisah antara doktor dan mat rempit. apa perkara yang korang boleh kaitkan antara doktor dengan mat rempit? cinta antara 2 darjat yang berbeza? atau penagih dadah dengan pembekalnya? macam2 korang boleh bayangkan. tapi kisah kali ini mungkin tak terlintas dalam fikiran korang. meh kita tengok cerita ini lebih lanjut. kisahnya berbunyi begini...



Sebagai seorang doktor yang tugasnya menyelamatkan nyawa manusia,tentulah saya merasa bangga dengan profesion saya ini. Sememangnya inilah cita-cita sebenar saya selama ini. Etika dan sikap profesionalisme sering saya amalkan. Apatah lagi saya juga seorang pensyarah di Pusat Pengajian Perubatan di salah sebuah universiti terkemuka. Saya sering menanamkan dan menekankan aspek insaniah dalam diri bakal-bakal doctor yang merupakan pelajar saya.

Suatu hari yang ditakdirkan Allah, saya di ajar tentang suatu nilai yang saya terlupa oleh seorang mat rempit.

Saya menoleh jam loceng saya. "Ah….baru 3am dan saya baru terlena hanya 2jam sahaja." Tapi,apakan daya kerana tugas,saya terus mencuci muka dan terus menggapai kunci kereta saya. Inilah rutin seorang doktor yang kita kenali sebagai `on call`.

Setelah memecut kenderaan saya,akhirnya saya tiba di bilik kecemasan. Ada satu kes kemalangan. Seorang penunggang cedera parah dan pemboncengnya meninggal dunia di tempat kejadian.

"Tolong doktor..Tolong selamatkan kawan saya," rayu seorang lelaki muda berseluar jean yang koyak dibahagian lututnya. Inilah trend pakaian mat rempit. Setelah 4 jam dibilik pembedahan,mangsa berjaya diselamatkan dan kaki kanannya terpaksa dipotong. 


Entah mengapa hari itu, terlintas bisikan syaitan dalam hati saya yang menyatakan`you deserve to get it`. Astaghfirualallahal azim, sebagai seorang doktor,saya tidak harus meletakkan prejudis saya sebagai prioriti dalam merawat pesakit. 
 gambar hiasan

Melihat pesakit saya dari sudut siapa dia sebenarnya adalah salah. Hal ini kerana, dalam merawat dan meyelamatkan pesakit,nyawa setiap manusia begitu bernilai walaupun pada pandangan kita atau sesiapa,dia bukanlah apa-apa.

Keesokan harinya,saya pulang dari hospital agak lewat malam. Kepenatan benar-benar menyebabkan saya tidak sabar untuk tiba di rumah.

"Ah….lampu merah pula!!" Maka saya terus menekan pedal brek dan menunggu giliran sambil mata saya tertumpu pada suatu peristiwa yang menarik. Saya melihat seorang lelaki yang koyak jeannya dilutut menunggang dengan laju melanggar lampu merah tanpa rasa bersalah. Dalam hati saya berdetik "sah mat rempit lagi. Tak ada kerja lain ke selain menyusahkan orang lain." Tiba-tiba saya melihat pemuda itu berhenti,menongkat motornya dan berjalan kedepan.

Saya benar-benar malu pada diri saya sendiri melihat pemuda itu mengambil bangkai kucing yang saya kira baru saja dilanggar petang tadi,mengalihkannya ke tepi jalan agar tidak dipijak hina oleh kenderaan lain.

"Allahuakbar."

Saya benar-benar tersedak dengan bisikan hati kecil sendiri. Saya rasakan diri ini sangant mulia apabila menyelamatkan nyawa manusia,tapi tidak terlintas dan tidak sanggup membela bangkai binatang itu padahal ia juga suatu nyawa yang harus dihargai dan dimuliakan. Sedangkan dia seorang mat rempit yang mungkin tidak menghargai nyawanya sendiri boleh meletakkan nilai harga nyawa seekor binatang pada aras yang tinggi. Sesungguhnya Tuhan sedang mengajar saya sesuatu.

Sesungguhnya saya telah belajar sesuatu dari seorang mat rempit. Kemuliaan seseorang itu bukan terletak pada berapa besar dan tingginya jasa dan sumbangan pada sesuatu tetapi dinilai dari berapa besar seseorang itu mengerti makna kewujudan sesuatu dan menghargai.

Ini bukan kisah yang memberi pengajaran bahawa kita juga boleh menjadi mulia walaupun seorang mat rempit, lantas menanam cita-cita untuk menjadi kaki rempit. Namun cerita ini membawa pengajaran bahawa kita tidak boleh terlalu berbangga dengan diri sendiri dan membiarkan prejudis membezakan diri kita dengan golongan lain


Sikap prejudis dan buruk sangka akan mengurangkan etika dan meruntuhkan sikap  professional yang ada dalam diri kita..wallahualam.

p/s: semoga anda dapat sedikit pengisian yang baik dalam diri kita dan diri saya juga..

Monday, May 31, 2010

Oh Menantuku

Salam dan selamat malam dari saya. sebelum saya beredar meninggalkan komputer kesayangan saya. ada sedikit cerita nak kongsikan bersama anda semua. cerita ini tidak ada kena mengena dengan mana2 insan. hanya sekadar nasihat~


Alahai menantuku....

ceritanya berbunyi begini...


pak kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. suatu hari datang la seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat. setelah 3 hari berkahwin.. seman masih duk kat umah mentuanya. setelah azan maghrib berkumandang..pak kasim mengajak seman utk solat maghrib berjamaah. seman gelabah.. sebelum ini dia tak pernah solat. lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya.

"yang.. camner ni.. "abg tak penah solat ni". "takpe bang".. abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya berbisik perlahan..seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim. setelah pak kasim takbir.. seman ikut takbir...lalu pak kasim membaca surah alfatihah..

"bismillahirrahmanirrahim..."seman pun turut membaca bismillah dengan lantang..."bismillahirrahmanirrahim..."

aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut?setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati pak kasim..pak kasim buat selamba. dia terus membaca surah al-fatihah. seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji. pak kasim pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang untuk melihat seman. seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pak kasim. "ish! gila ke menantu aku ni??" 

pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman. seman turut berjalan ke depan mengikut langkah pak kasim. pak kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya. seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. tiba-tiba pak kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi.seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir. pak kasim pun terus bertanya kepada seman."seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?"

"ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau.sampai kena berlari.."

kesimpulannya..janganlah kita hanya jadi ikut-ikutan tapi tiada ilmu di dada. belajar dari guru, dari para ilmuan. jangan hanya ikut, tapi tak tahu apa yang kita ikut dari mereka.kalau tidak nanti jadi orang macam dalam cerita ini. boleh penin nanti bapa mertua/mak mertua kalau dapat menantu macam dalam cerita ini..huhu.

semoga cerita ini dapat bagi sedikit peringatan buat kita semua termasuklah saya sendiri..insyaAllah :) selamat malam ^_^

Sunday, May 30, 2010

Sebelum & Selepas?

Salam semua.Sebelum saya terjah katil yang empuk, bertemankan bantal peluk...anda dijemput untuk baca sedikit perbezaaan antara sebelum dan selepas (cinta, kasih, sayang dan hati) ...

 Gambar hiasan semata2


CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)

C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.


KASIH :

(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)

K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.



SAYANG :

(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)

S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :(sebelum kahwin)

H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)

H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa...
macam mana? rasa2nya betul tak apa yang saya tulis nih..huhu..jangan terasa yer.
kesimpulannya..lebih baik bercinta selepas kahwin.insyaAllah bahagia kekal selamanya.
carilah cinta yang hakiki, cintakan Allah barulah cinta pada manusia akan datang pada kita dengan sendirinya. jangan jadi macam saya dulu~ renung2 kan :)

Thursday, May 6, 2010

Muhasabah Diriku ~

Assalamualaikum, slamat pagi..dah tunaikan kewajipan anda?kalau dah, Alhamdulillah syukur..diri yg lemah ini tergerak hati untuk menaip isi dlm hati saya..Cuba fikirkan sejenak..lapangkan minda anda..matikan screen lappy atau komputer anda sebentar..

Selepas anda solat, tak kiralah waktu subuh ke, asar ke..lepas habis tahyat akhir, salam.. kalau sempat, zikir 1-2 minit..kemudian berdoa..tpi dlm doa kita, pernahkan kita mohon. Ya Allah..Terimalah Solat yg kami tunaikan ini. Kalau belum, moga selepas ini anda boleh amal2kan..sebab solat kita belum tentu lagi diterima oleh Allah..dlm solat, barangkali fikiran kita jauh memikirkan duniawi..walhal luangkan masa untuk bersama-Nya tidak makan masa yg lama kan..

Lepas habis solat, duduk atas sejadah..rehat sebentar..fikirkan apa yg kita sudah buat pada hari ini..apa amalan yg kita dah lakukan hari ini..apa dosa yang pernah kita buat hari ini..

Kalau sempat, bukalah Al-Qur'an..baca 1-2 potong ayat pn cukup kalau xmampu. tak rugi kan, ambil masa sedikit je pn jadilah dalam 1 hari.

Oklah, saya pn nk rehat sekejap..moga apa yang baik dapat anda ambil, sampai2kan dan amal2kan..insyaAllah :)

Dari hambaMu yg lemah dan hina ~

Wednesday, May 5, 2010

Tips untuk Kecantikan Muslimah

Salam sejahtera dan selamat mlm buat teman2, sahabat2 dan kucing di rumah yg baru beberapa hari lps selamat melahirkan 3 ekor anak ^^..Takziah buat 'suami'nya si Labu yg telah pergi buat selamanya pd hjg thun lps.. Ok, stop babak2 kucing jap..Kaum wanita memang lumrahnya sukakan kecantikan, betul tak?Jdi..saya nk kongsikan sedikit tips2 atau petua bagi semua kaum2 wanita tak kira dri golongan mane pn.

Tips mudah untuk kelihatan cantik dan berseri: ◕‿◕

1. Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

2. Gincukan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

3. Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salun Iman.

4. Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

5. Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.kalau anda jaga aurat anda, sejuk hati lelaki yg memandang. dosa pn terhindar.

6. Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhwah.

7. Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

8. Bedaklah wajah anda dengan "air Wuduk" nescaya akan bercahaya di akhirat. untuk wajah berseri selalu, digalak membiarkan air wuduk pada muka kering dgn sendiri :)



Di mana cantiknya seorang muslimah?

Mungkin pada sepasang matanya yang bening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.

Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan..

Kitalah perempuan itu..Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap dihadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam..

Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah..

Diharap tips yg saya kongsikan ini dpt membentuk wanita2 muslimah yg sentiasa cantik di mata dan di hati :)

p/s: kalau xfaham, insyaAllah sy tolong jelaskan mane yg kabur.

Kisah Orang, Atuk dan Saya...

Assalamualaikum..hari nie belum ada apa2 idea yg dtg nk tulis dlm blog..cuma ada sedikit kisah yg nk dikongsi, tak ada kaitan dgn yang hidup atau mati.Selamat membaca dan sedikit sebanyak dpt menyedarkan diri kita yg fana di muka bumi ini..insyaAllah.


ORANG, ATUK & SAYA...


ORANG KATA....enjoy sementara muda, hidup panjang lagi, dah tua nanti tobatlah.

ATUK KATA.......orang muda hidup memang baru bermula, tapi belum tentu masih panjang lagi, entah esok lusa Izrail datang menjemput.

SAYA RASA... betul jugak tu..


ORANG KATA.. exams tu susah, kena banyak sacrifice, constant study.. past year papers.. etc..etc..etc..

ATUK KATA... exams tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji, dah ada syllabus untuk diikut, kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu, byk pula tu peringkat ujiannya, Munkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide.. etc...

SAYA RASA... betul jugak tu..

ORANG KATA... have fun on your birthday, panggil kekawan and sedara mara, berpartilah sepanjang malam, make it a memorable one!!

ATUK KATA... setiap hari jadi, kita semakin hampir, hampir setahun dengan kematian, setahun lagi diberi peluang utk beramal, bertaubat..

SAYA RASA... betul jugak tu..


ORANG KATA... successful people have a good time management, ada bisnes di kl, new york, tokyo.. masih sempat berkempen utk pilihanraya, masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke, masih sempat pasang perempuan 2-3, baru orang boleh respect!

ATUK KATA... setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari, tapi..ada masa ke utk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam?ada masa ke nak selak Al-Quran sekali sehari?ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung, sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?

SAYA RASA... betul jugak tu..

ORANG KATA... kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat..baru hati puas!

ATUK KATA... ye ke hati dah puas?? dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim? dah cukup zikir untuk santapan rohani?dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?

moga yg baik disimpan dlm hati dan jiwa, yg buruk dijauhkan
yang baik datang dari Allah, yg lemah datang dari saya
◕‿◕

Monday, May 3, 2010

Tidak Rugi mengucapkan Salam ^^

Assalamualaikum & selamat pagi buat rakan2 semua..dah sarapan blum? sihat2 blake? hari nie, sy nk kongsi sedikit tazkirah yg berguna utk rakan2 yg lain :)



Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Manusia yang terdekat dengan Allah SWT ialah mereka yang memulai salam.” - Ahmad, Abu Dawud

Dalam satu hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim, Nabi SAW ditanya apakah amalan yang terbaik dalam Islam. Beliau bersabda: “Memberi makan kepada yang lapar dan memberi salam kepada orang yang kamu kenali dan yang tidak kamu kenali.”

Imran Ibn Hussain meriwayatkan dari hadith yang disusun oleh Abu Dawud dan At Tirmidzi: Pernah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu mengucapkan kepadanya ‘Assalaamu’alaikum’. Salamnya dijawab dan ia pun duduk, lalu Rasulullah SAW bersabda: ‘Sepuluh’. Sebentar kemudian, datang pula lelaki lain kepadanya lalu mengucapkan, ‘Assalaamu’alaikum warahmatullaah’. Rasulullah SAW menjawab salamnya itu sementara ia duduk, lalu Rasulullah SAW bersabda: ‘Dua puluh’. Akhirnya, datang seorang lelaki sambil mengucapkan ‘Assalaamu’alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh’, lalu Rasullullah SAW menjawab salamnya, maka ia pun duduk. Rasulullah SAW bersabda: ‘Tiga puluh kebajikan (pahala).

Marilah kita hidupkan semula amalan Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabatnya yang mulia. Sebarkanlah salam. Seperti pesanan Rasulullah SAW: “Kamu tidak akan masuk Syurga selagi kamu tidak mempercayai, dan belumlah kamu mempercayai selagi kamu tidak menyayangi sesama sendiri. Apakah kamu ingin tahu sesuatu perkara yang dapat membuat kamu menyayangi sesama sendiri? Sebarkanlah salam.” (Muslim, Ahmad & At Tirmidzi dari Abu Hurairah r.a.)

p/s: dipetik dari sumber:1-tazkirah yg pernah disampaikan beberapa hari yg lalu
2-http://lenggangkangkung-my.blogspot.com

Semoga kita dpt fahami, amalkan dan sampaikan kpd sahabat2 yg lain..insyaAllah.
tidak rugi menyampaikan perkara yg baik, tetapi amatlah rugi jika tidak diamalkan ◕‿◕

Friday, April 30, 2010

Muhasabah diri

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan

pesan buat diriku, hambu-Mu yg lemah..serta teman2 yg lain

Thursday, November 5, 2009

Nasihat buat teman-temanku..

renungkan sejenak..

Di manakah letaknya sebuah kejujuran
Jika diri penuh dengan kedustaan
Di manakah hilangnya sebuah kesetiaan
Jika di hatimu dibaluti syak wasangka
Di manakah harga sebuah kasih sayang
Jika jiwamu penuh dengan kebencian

Akan hilangkah nilai persahabatan
Jika insan terus diikat tali kemesraan
Akan kukuhkah ikatan percintaan
Jika dua jiwa dibaluti keikhlasan
Akan kekalkah sebuah keakraban
Jika hati penuh keserasian

Sedarkah diri
Harta yang paling menguntungkan adalah sabar
Teman yang paling akrab adalah amal
Pengawal peribadi yang paling waspada adalah diam
Bahasa yang paling manis adalah senyum
Ibadah yang paling indah adalah khusyuk

Wahai jiwa
Takutkan Allah itu benteng
Cintakan Allah itu menyerah apa saja
Tawakkal pada Allah itu ketenangan jiwa
Yakin pada janji Allah itu penghibur hati

dipetik dari nota dlm pc ku..
Related Posts with Thumbnails