Friday, May 7, 2010

Ada Apa dengan Lima Puluh Ringgit???

Assalamualaikum dan slm sejahtera buat teman2, kawan2 dan para pembaca sekalian. Di hari yang mulia ini, hari Jumaat..saya ingin ceritakan sedikit tentang apa yang ada dengan RM50?duit orang bagi ke?duit gaji ka?duit hari raya??eh eh...nak kate hari raya, puasa pun belum lagi..mesti semua pembaca nak tau kan ^^




KISAH KASIH HARI IBU

Bagaimana Mengirim Lima Puluh Ringgit Ke Kubur?
Lima puluh ringgit bukanlah banyak. Kalau nak dibelanjakan di gedung besar nilainya terlalu kecil hampir tidak punya erti. Kalau nak bersantapan enak di hotel berbintang, itu mimpi namanya. Di gerai jalanan mungkin boleh kenyang tapi kalau di restoran hawa dingin mungkin cuma dapat memuatkan perut tiga empat orang. Jangan ambil udang atau ketam! Begitulah kecilnya lima puluh ringgit.

Dulu dulu memang lima puluh ringgit punya nilai yang hebat. Kalau ada dua
tiga keping lagi bergaya. Hari ini cuma cukup isi minyak dan suap pada tol
yang ternganga di lebuhraya perjalanan Kuala Lumpur ke Yong Peng. Itu pun
kalau memecut dengan kereta kecil Kancil. Kereta lain mungkin lebih lagi.
Dulu lima puluh ringgit sebulan cukup buat belanja sebulan masa aku di kat
ITM. Hari ini kabarnya lima ratus pun belum tentu boleh bernyawa. Tambah
pula kalau terpaksa menyewa rumah kerana tidak layak menetap di asrama.
Belum terima  ijazah sudah berhutang dengan penaja mahu MARA atau swasta.
Begitulah adanya.. nilai lima puluh ringgit tidak seberapa.

Seminggu lalu aku pergi berkursus disebuah hotel bersama beratus orang lain
mengenai perniagaan. Kami dimotivasi dan diberi tunjuk ajar. Dalam satu
sessi seorang peserta kursus naik ke pentas berkongsi cerita. Bukan cerita
sedih tapi kisah kejayaannya berniaga. Dulu dia susah. Makan gaji dengan
pemerintah, menyabung nyawa untuk negara. Tapi hari ini, atas berkat usaha
dia berjaya. Pada penghujung ceritanya, dia berkata dulu dia tidak pernah
dapat menghantar wang secukupnya kepada ibu dan bapa lantaran dirinya
sendiri tidak pernah cukup juga. Maklum kerja makan gaji yang tidak
seberapa. Setakat lima puluh ringgit dia mampu itupun kadang kadang saja.
Tapi hari ini kalau mahu beri seratus dua tidak bermasalah, malah kalau
seribu sebulan pun dia mampu. Alhamdulillah katanya!

Teringat aku kisah bermula tahun 1997 sebelum bonda meninggalkan kami
sekeluarga. Derita bonda tidak terperi kerana mengidap ketumbuhan di kepala
atau lebih brain tumor. Berbulan bonda di hospital. Dia mungkin tidak
terlantar atau meraung kesakitan tapi nyatanya jiwa digelodak beribu
perasaan. Kepalanya sakit dan lupa lupa. Entah pakar mana yang punya
periksa, bonda di rawat bersama orang sakit jiwa. Bonda tidak gila! Cuma
lupa lupa kerana sakit di kepalanya itu. Aku sayu bila melawat bonda selang
sehari dua. Untuk masuk bertemu bonda aku terpaksa melepasi pintu besi yang
berkunci. Bila pintu ditutup... bunyinya macam menutup pintu sel di penjara.
Bunyinya cukup menyentuh dan menyiksa jiwa. Aku masih merasakannya.

Dalam wad itu bergaul bonda dengan orang yang gila dan gila gila. Cuba
berkawan tapi hampa. Mata bonda sayu tapi masih bergurau dan selalu cuba
senyum bila bersama dengan aku. Tidak pasti apa yang bermain di jiwanya
waktu itu. Yang pasti, bonda redho. Saban hari dia diberikan pil yang
berbagai warna. Kepala yang sakit jadi reda tapi langkahnya tidak menentu
kerana dadah yang halal itu. Entah berapa banyak yang bonda makan hingga
keliling matanya biru dan pucat. Jalannya longlai seumpama tidak upaya.

Hari Ibu yang lalu aku menangis kerana teringatkan kisah lima puluh ringgit!
Teringatkan bonda yang doktor kata gila. Aku sendu teringatkan kata bonda
"Kalau kau sudah habis belajar di ITM dan berkerja... bolehkah kau kirim
wang untuk emak? Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau bonda mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi bonda sudah tiada. Aku
tidak berkesempatan.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak sempat
aku kirimkan! Alfatihah, alfatihah, alfatihah.

Kamu mungkin beruntung kerana kamu masih ada ibu. Kirimkan walaupun lima puluh ringgit. Kamu mungkin masih sempat lagi kerana ibu kamu yang hidup mungkin perlukan lima puluh ringgit itu. Andai ibu kamu telah pergi.. kamu juga SANGAT beruntung jika kamu anak yang soleh yang selalu berpeluang mengirimkan doa untuk ibumu! Ziarahlah ibu bila ada kesempatan. Sebelum kamu terpaksa menziarah PUSARAnya...

Semoga kita dapat membalas jasa ibu..tanpa mereka siapalah kita kan. martabat ibu lebih tinggi dari ayah, sebab apa? siapa yang harus kamu sayangi selepas Allah dan Rasul-Nya? ibu..ibu..dan ibu..diulang sebanyak 3 kali..barulah giliran ayah..kalau x mampu nak membalas jasa mereka, jadilah anak yang soleh@solehah,doakan mereka setiap masa, setiap saat..insyaAllah ganjaran pahala & syurga buat ibu kita.

p/s: buat diriku yang selalu merindui ibu...anakmu yang nakal..

3 KOMEN:

Unknown said... [Reply to comment]

sedih :( huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.


limapluh hengget nak blanje awek pon x boleh huhuhuu!

Shuk said... [Reply to comment]

huhu..sayangi ibu baik2 yer :)

Anonymous said... [Reply to comment]

kyrie 9
off white clothingoutlet
yeezy 350
jordan shoes
off white

Related Posts with Thumbnails