Monday, May 31, 2010

Adab-adab Menerima Pengunjung dalam Blog

Assalamualaikum buat semua kawan-kawan dan rakan2 blogger di luar sana. topik malam ini nak cerita sikit tentang...ada apa dengan tetamu? haaa..tetamu tu macam kita ziarah blog orang lain, kiranya kitalah tetamu dalam blog tu.pengunjung atau tetamu akan suka untuk ziarah kalau kita sambut dengan cara yang baik..chewah. nak tarik pengunjung lawat pun kena ada cara yang berhemah, ada adab-adabnya. bergantung pada masing2 punya cara kan. Okeh, mari kita tengok cara-cara yang sesuai semasa menerima tetamu:


 
1. Tunjukkan sikap ikhlas apabila dikunjungi tetamu. bergantung juga pada kesesuaian masa. ada masanya kita sibuk, tak dapat membalas kunjungan mereka. tinggalkan pesanan..beritahu yang kita ada hal atau kerja supaya tetamu faham situasi kita.
 
 2. Suka mengambil berat tentang keadaaan tetamu, pengunjung dengan bertanyakan khabar, kesihatan mereka, ahli keluarga dan lain2 yang berkaitan.

3. Melayan pengunjung dengan penuh kemesraan dan kehormatan. ukirkan senyum anda (walaupun dalam chatbox je).beri kata-kata yang sedap didengar oleh tetamu. korang pandai kan bab2 ayat manis2 nih..hehe.
 
4. Mencari jalan supaya tetamu cepat berasa selesa selepas singgah dalam blog anda. hmmm..macam mana yer~ maksudnya ruang untuk tetamu tinggalkan pesanan tidak terganggu dengan widget atau benda2 yang mengganggu keselesaan mereka.

5. Sajikan dengan entri yang termampu untuk pengunjung baca..jangan terlampau panjang atau terlampau pendek. bergantung juga dengan entri yang anda buat. saya punya entri pun entah mampu ke tak tetamu nak baca..huhu..layanz~

6. Kalau ada masa lebih, berbual-bual dengan mereka tentang perkara atau isu yang bermanfaat. elakkan bincang mengenai keburukan orang lain.

7. Mempelawa tetamu agar berkunjung lagi. ini menunjukkan yang kita gembira menerima kedatangan mereka.

 
itu saja yang saya rasa mampu kongsikan. macam mana pendapat anda???. boleh pakai tak cara nih? terpulang kepada anda semua. lain orang, lain cara, lain ragamnya ^_^

9 KOMEN:

kyo_9 said... [Reply to comment]

jemput2 tambah nasi kt blog ak.. lol

Shuk said... [Reply to comment]

heheh..lolz. nasi kat malaysia ngan jepun mne pgi sedap? :P

Aku said... [Reply to comment]

sila..jangan malu-malu..
nak minum apa tadi?apa?owh air suam kurang manis..

Shuk said... [Reply to comment]

daisy@ jemput minum tetamu..huhu :)

Ann said... [Reply to comment]

jmput lah ke blog aku..wat mcm rumah sendiri hehe...

Shuk said... [Reply to comment]

Ann@ hehe..sediakan jemput2 dlu tau :)

Kie-yu said... [Reply to comment]

sgt setuju dgn point no 7
ada blog tu sampai xnmpk ape kt sidebar
penuh dgn widget
blink2 plak tu
adeh..poning palo den!

Shuk said... [Reply to comment]

hmmm, mungkin selesa di mata diorang, tapi di mata pengunjung kurang :)

jasonbob said... [Reply to comment]

yeezy shoes
nike cortez
yeezy shoes
supreme clothing
supreme new york
yeezy shoes
coach factory outlet
moncler
curry 6 shoes
yeezy
xiaofang20191222

Related Posts with Thumbnails