Sunday, May 30, 2010

Bila Air Tiada Lagi dalam Dunia?

Assalamualaikum, Selamat hari ahad buat para pembaca yang jauh mahupun yang dekat di hati..chewah. nak cerita pasal hati ke hari ini? baik tanya pakar hati dan jantung dari doktor kan..kalau sakit, bedahlah :P. oklah..titik noktah untuk bab hati. 
Hari ini, saya ishtiharkan hari sedunia tidak ada air. Anda semua setuju tak? mestinya tidak kan..sebabnya cuma rumah saya yang tidak ada bekalan air dari semalam hingga hari ini. cuba anda semua bayangkan sekiranya air dalam dunia ini tidak ada lagi???. rasa-rasanya apa alternatif anda untuk menggantikan air yang merupakan sumber utama untuk kita hidup seharian. manusia boleh hidup lama lagi kalau makanan tidak ada, tapi kalau air? macam mana yer kawan2..
ikan kalau tak ada air rasanya kecoh macam manusia tak?
Ini baru 1 hari tak ada air, dah kecoh macam2. nak masak susah, nak mandi bdn tak basah, inikan nak ambil wudhuk pun jadi susah. nasib baik ada simpanan air dalam rumah.mandi pun ala-ala P. Ramlee..heheh :)
Terpaksalah berjimat2 gunakan air untuk hari ini. opss, sebelum ini tak pernah jimat guna air ke? boleh berjimat dengan gunakan air dengan berhemah. antara tips-tips yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita ialah:- (hasil dari pemikiran saya)
- jangan berendam dalam bilik air lama2.
- jangan gosok gigi sambil air mencurah-curah dari paip.
- jangan bagi anak-anak main air terutama bagi kanak2. nanti ada yang lemas, siapa yang susah?
- jangan cuci kereta lama sangat. (bukan bersih sangat pun cuci sendiri kan?) baik hantar carwash :P


Hmmm, rasanya setakat itu je yang dapat saya sumbangkan. apa kata kita tengok pula TIPS yang SEBENAR untuk jimat air.


1. TANDAS 
  • Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah (contohnya memilih sistem curahan yang berkeupayaan sebanyak 6 liter atau kurang) atau letakkan sebotol air ke dalam tangki curahan  untuk mengurangkan air yang dicurah.
  • Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari.
  • Sentiasa melakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran.  Masukkan pewarna ke dalam tangki curahan dan memeriksa sekiranya terdapat air berwarna yang meleleh keluar ketika dan selepas curahan.
2. BILIK MANDI 
  • Kurangkan masa mandian dan gunakan pancuran mandian bertekanan rendah.
  • Letakkan sebuah baldi berhampiran dengan pancuran ketika mandi untuk mengumpul air yang berlebihan.  Air ini boleh digunakan untuk mencurah tandas atau menyiram taman.
  • Tutup pancuran mandian ketika bersabun. 

3. SINKI 
  • Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur.  Cara terbaik ialah menggunakan air di dalam bekas.
  • Baiki sebarang paip yang bocor atau yang sentiasa menitiskan  air.
  
4. TAMAN 
  • Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat daripada kepanasan.
  • Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan elakkan penyiraman ketika musim hujan.
  • Ubahsuai pemercik di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan.  Jika kawasan taman yang kecil, gunakan baldi atau salur getah.
  • Sentiasa memeriksa dan mengubah suai pemercik mengikut cuaca.
  • Elakkan penggunaan baja yang berlebihan dan gunakan baja nitrogen berasaskan air.
  • Pilih landskap taman yang tidak memerlukan air yang banyak.
  • Pastikan ketinggian rumput di taman  lebih kurang 6 sm kerana rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan.
  • Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar rumah dan tepi rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap.
  • Sebaik mungkin gunakan bekas tadahan bagi menyiram taman. 
  
5. DAPUR 
  • Jangan gunakan air yang mengalir untuk mencuci pinggan dan mangkuk, gunakan air yang ditadahkan di dalam sinki.
  • Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.
  • Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk
  • Cuci sayur-sayuran, buah-buahan atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir
  • Pastikan mesin basuh penuh muatan cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian hanya sedikit sahaja.
6. GARAJ 
  • Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan penggunaan salur getah.
  • Elakkan tumpahan minyak kerana minyak memerlukan air yang banyak dan sabun untuk membersihkannya.
  
CARA-CARA MENJIMATKAN AIR LAIN. 
  • Pastikan anda sentiasa menghadiri perjumpaan dan perbincangan mengenai air di kawasan anda.
  • Sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap sistem paip dalaman di rumah untuk mengelakkan sebarang kebocoran.
  • Maklumkan sebarang kerosakkan paip kepada pihak berkuasa dengan serta merta.
  • Galakkan aktiviti-aktiviti kesedaran dan penjimatan air di sekolah yang berhampiran kawasan rumah anda.
  • Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air.
  • Gunakan air tadahan hujan untuk kegunaan di garaj, di taman dan sekiranya boleh untuk curahan tandas simbah.
fakta ini saya petik dari kkk . tidak ada unsur ubahsuai sebab semuanya fakta dan pendapat berguna untuk semua manusia di bumi malaysia ini :)

bila air tak ada, berangan pula nak pergi mandi air terjun :)
p/s: anda rasa boleh amalkan tips-tips ini? selamat mencuba dan berjimat2 air yer.jangan nak tunggu air takda baru nak berjimat :)

2 KOMEN:

-telordibasuh- said... [Reply to comment]

ikan kalau xde air sure kecoh kite je yg xdengar ape yg deorg kecoh hehe

Shuk said... [Reply to comment]

telurdibasuh@ hehe..tepat sangat jawapan tu XD

Related Posts with Thumbnails