Wednesday, June 2, 2010

Antara Doktor dan Mat Rempit

Salam sejahtera rakan-rakan dan para pembaca sekalian. hari ini saya nak kongsikan sedikit tentang sebuah kisah antara doktor dan mat rempit. apa perkara yang korang boleh kaitkan antara doktor dengan mat rempit? cinta antara 2 darjat yang berbeza? atau penagih dadah dengan pembekalnya? macam2 korang boleh bayangkan. tapi kisah kali ini mungkin tak terlintas dalam fikiran korang. meh kita tengok cerita ini lebih lanjut. kisahnya berbunyi begini...



Sebagai seorang doktor yang tugasnya menyelamatkan nyawa manusia,tentulah saya merasa bangga dengan profesion saya ini. Sememangnya inilah cita-cita sebenar saya selama ini. Etika dan sikap profesionalisme sering saya amalkan. Apatah lagi saya juga seorang pensyarah di Pusat Pengajian Perubatan di salah sebuah universiti terkemuka. Saya sering menanamkan dan menekankan aspek insaniah dalam diri bakal-bakal doctor yang merupakan pelajar saya.

Suatu hari yang ditakdirkan Allah, saya di ajar tentang suatu nilai yang saya terlupa oleh seorang mat rempit.

Saya menoleh jam loceng saya. "Ah….baru 3am dan saya baru terlena hanya 2jam sahaja." Tapi,apakan daya kerana tugas,saya terus mencuci muka dan terus menggapai kunci kereta saya. Inilah rutin seorang doktor yang kita kenali sebagai `on call`.

Setelah memecut kenderaan saya,akhirnya saya tiba di bilik kecemasan. Ada satu kes kemalangan. Seorang penunggang cedera parah dan pemboncengnya meninggal dunia di tempat kejadian.

"Tolong doktor..Tolong selamatkan kawan saya," rayu seorang lelaki muda berseluar jean yang koyak dibahagian lututnya. Inilah trend pakaian mat rempit. Setelah 4 jam dibilik pembedahan,mangsa berjaya diselamatkan dan kaki kanannya terpaksa dipotong. 


Entah mengapa hari itu, terlintas bisikan syaitan dalam hati saya yang menyatakan`you deserve to get it`. Astaghfirualallahal azim, sebagai seorang doktor,saya tidak harus meletakkan prejudis saya sebagai prioriti dalam merawat pesakit. 
 gambar hiasan

Melihat pesakit saya dari sudut siapa dia sebenarnya adalah salah. Hal ini kerana, dalam merawat dan meyelamatkan pesakit,nyawa setiap manusia begitu bernilai walaupun pada pandangan kita atau sesiapa,dia bukanlah apa-apa.

Keesokan harinya,saya pulang dari hospital agak lewat malam. Kepenatan benar-benar menyebabkan saya tidak sabar untuk tiba di rumah.

"Ah….lampu merah pula!!" Maka saya terus menekan pedal brek dan menunggu giliran sambil mata saya tertumpu pada suatu peristiwa yang menarik. Saya melihat seorang lelaki yang koyak jeannya dilutut menunggang dengan laju melanggar lampu merah tanpa rasa bersalah. Dalam hati saya berdetik "sah mat rempit lagi. Tak ada kerja lain ke selain menyusahkan orang lain." Tiba-tiba saya melihat pemuda itu berhenti,menongkat motornya dan berjalan kedepan.

Saya benar-benar malu pada diri saya sendiri melihat pemuda itu mengambil bangkai kucing yang saya kira baru saja dilanggar petang tadi,mengalihkannya ke tepi jalan agar tidak dipijak hina oleh kenderaan lain.

"Allahuakbar."

Saya benar-benar tersedak dengan bisikan hati kecil sendiri. Saya rasakan diri ini sangant mulia apabila menyelamatkan nyawa manusia,tapi tidak terlintas dan tidak sanggup membela bangkai binatang itu padahal ia juga suatu nyawa yang harus dihargai dan dimuliakan. Sedangkan dia seorang mat rempit yang mungkin tidak menghargai nyawanya sendiri boleh meletakkan nilai harga nyawa seekor binatang pada aras yang tinggi. Sesungguhnya Tuhan sedang mengajar saya sesuatu.

Sesungguhnya saya telah belajar sesuatu dari seorang mat rempit. Kemuliaan seseorang itu bukan terletak pada berapa besar dan tingginya jasa dan sumbangan pada sesuatu tetapi dinilai dari berapa besar seseorang itu mengerti makna kewujudan sesuatu dan menghargai.

Ini bukan kisah yang memberi pengajaran bahawa kita juga boleh menjadi mulia walaupun seorang mat rempit, lantas menanam cita-cita untuk menjadi kaki rempit. Namun cerita ini membawa pengajaran bahawa kita tidak boleh terlalu berbangga dengan diri sendiri dan membiarkan prejudis membezakan diri kita dengan golongan lain


Sikap prejudis dan buruk sangka akan mengurangkan etika dan meruntuhkan sikap  professional yang ada dalam diri kita..wallahualam.

p/s: semoga anda dapat sedikit pengisian yang baik dalam diri kita dan diri saya juga..

18 KOMEN:

sarah shafie said... [Reply to comment]

owh..sy minah rempit versi sopan..huhu..

kaizen shinobi said... [Reply to comment]

bersetuju...

dont judge a book by its cover....

dan 1 lagi, jangan mengambil sikal generalized...

hanya ingatan kepada diri sendiri... setiap orang ada kelebihan dan kekurangn..

btw nice entry! hehe

APAN said... [Reply to comment]

nice story...

ade 1 kisah gak aku penah dengar...
lbih kurang cmni la...
mereka yg bukan rempit ni berhenti kat lampu isyart...
pastu ade sorang pak cik ketenye rosak...
mereka sorang pun x tolong...
tibe2 geng2 mat moto ni yg turun tolak kete pak cik tu ke tepi ma...

Shuk said... [Reply to comment]

sarah@ ait, de jugak eh minah rempit versi sopan? huhu :)

kaizen@ yup, setuju ngan pendapat ko..kena pandang mana2 orang pn dari sdut positif :)

amirah said... [Reply to comment]

cerita kamu sedikit sebanyak membuka mata.
mat rempit pon manusia biasa mcm kita jugak, cuma dia memilih jalan tu.
nice post :)

Shuk said... [Reply to comment]

APAN@ hmmm, mat rempit x semuanya yang buruk kan. cerita tu pun same maksudnya :)

APAN said... [Reply to comment]

betul tu...tapi dorang pun 1 gak...
nk jadi rempit x salah bagi aku...
jngan kacau org lain dah r...

ZR said... [Reply to comment]

kisah nie mmg menarik...kite mmg selalu prejudis dgn org lain..pantang kalu org tu lain dr normal...

Shuk said... [Reply to comment]

amirah@ buka mata, buka hati skali :)

APAN@ betul2, tu yang msyarakat xboleh terima mat rempit bila byk bnda negatif jdi zmn skrg..

kazaztan team@ biar luaran kite nmpak buruk di mata orang, tapi dlm hati bersih :)

Kie-yu said... [Reply to comment]

entri yg sgt menginsafkan~
kita tak patut buruk sangka kan
apatah lagi membuat kesimpulan sebelum melihat sesuatu keseluruhannya..

yayahidayah said... [Reply to comment]

hurmm xsemestinyer status tuh menunjukkan perbuatan kitew yg sebenar!ken2

Shuk said... [Reply to comment]

kiu-yu@ alhamdulillah..yup, seburuk2 mana pn, pasti ade kebaikan kan :)

yayahidayah@ btul tu..kite kna slalu bersangka baik dengan orang, apatah lagi bersangka baik dengan Allah :)

Ann said... [Reply to comment]

nice n3...

tol tu, kdg2 kita lbh suka menilai dr luaran...spti penampilan, pkerjaan org tu...sikp mcm ni mmg kdg2 leh mbuatkn kita semakin lupa diri dn mmndang rendah pd org len...

kyo_9 said... [Reply to comment]

ek.. kisah benar ko ke bro?
yup, don't judge a book by its cover.. ;)

Shuk said... [Reply to comment]

Ann@ kena ubah sikap tu dlm diri kite..termasuklh shuk sndri..kdg2 xdpt lari, terlintas dlm hati fikir yg buruk bila tgk seseorang..

kyo@ kisah rekaan semata2, xde kena mengena dgn mne orang lain :)

yayahidayah said... [Reply to comment]

so nak carik mat rempit boley?

M a W a D D a H said... [Reply to comment]

hati yang mulia memang payah nak jumpa...jangan tengok luaran sahaja, dalaman itu penting...

Shuk said... [Reply to comment]

yayahidayah@ boleh, bak kate adnan sempit,muka saya nie ganas,tpi dalam hati ada taman..huhu :)

mawaddah@ haah..pndglah kedua2nya sekali, jgn hanya lihat pd luaran sje :)

Related Posts with Thumbnails