Ketika Ibrahim bin Ad'ham (seorang ahli tasawuf) berada di pasar Basrah, telah dikerumuni beliau oleh orang ramai, di antaranya ada yang bertanya: "Ya Aba Ishak! Gelaran bagi Ibrahim bin Ad'ham mengapakah kami memohonkan doa kepada Allah, tetapi tidak dikabulkan doa kami?" Ibrahim bin Ad'ham menjawab: "Kerana hati kamu telah mati disebabkan sepuluh perkara:
1. Kamu mengenal Allah, tapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya.
2. Kamu mengaku bahawa kamu cinta kepada Rasulullah saw, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal menurut Al-Quran.
4. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukurnya.
5. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar adanya, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar adanya, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar adanya, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
9. Kamu bangun dari tidur lalu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10. Kamu mengubur mayat-mayat saudara-saudara kamu, tetapi kamu tidak jadikan pelajaran bagi mereka.

p/s: moga pesanan ini dapat kita fahami, amalkan dan sampaikan kepada rakan-rakan yang lain..insyaAllah
7 KOMEN:
mmg skrg ni ramai yang macam ni..haish..amek la iktibar
@hasrol: sama2 kita amalkan..kita selalu lalai dalam dunia nie..
gud info~
tenx for sharing.
mari kita sama2 amalkan ;)
thanks....mmg manusia ni mudah alpa, sbb tu kita kene saling mengingati antara satu sama lain...
@kie-yu: sama2 kembali :)
@Ann: betul, kalau tak.. siapa lagi yang nak peringatkan kawan-kawan kite~
Jazakallah :-)
@cecomel: trima kasih pakcik..aminn :)
Post a Comment