Friday, April 30, 2010

Rahsia dari jari ANDA ???

Renungan buat semua sahabat dan rakan

LIMA JARI NIE MENYIMPAN RAHSIA

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda
yang lima.

Cuba tgk perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ..."Allahu Akbar" sekuat-kuatnya.Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada JARI KELINGKING yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.



Naikkan kepada jari kedua, JARI MANIS namanya.
Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil.
Bersediakah anda??

Naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, JARI HANTU namanya.
Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda.
Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

JARI TELUNJUK
Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung IBU JARI.
Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan.Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda,rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir sedalam-dalamnya.
Dimanakah anda sekarang??? wallahualam :)

4 KOMEN:

saljuhumairah said... [Reply to comment]

best part jari manis..
patut cincin sarung kat jari manis..

selamat hari buruh untuk semua blogger (blogger tak cuti blogging ker?)
selamat hari buruh

Norul Malakiah Sidek said... [Reply to comment]

kalau jari-jarian atau jejari camne plk?

Shuk said... [Reply to comment]

kalau jari-jarian@ jejari? mcm sejenis makanan je bunyinyer..heheh :P

Anonymous said... [Reply to comment]

First of all I want to say wonderful blog! I had a quick
question which I'd like to ask if you don't mind. I was interested
to find out how you center yourself and clear your thoughts before writing.
I have had trouble clearing my mind in getting my thoughts out.

I truly do enjoy writing however it just seems
like the first 10 to 15 minutes are usually wasted simply just trying to figure out how
to begin. Any suggestions or hints? Thanks!

Here is my blog; cccam channel info

Related Posts with Thumbnails