Friday, May 28, 2010

Bila Kucing terlebih sihat?

Salam dan selamat malam buat semua pembaca. pertama kali blog saya nak cerita sikit tentang kucing, hehe. saya memang dilahirkan dari keluarga yang minat kucing. boleh dikatakan semua adik-beradik saya sukakan kucing termasuklah ibu saya yang dahulunya tak berapa suka, sekarang siap boleh dukung2 lagi kucing, huhu..Kalau nak ikutkan sejarah, keluarga saya mula membela kucing bermula sejak tahun 2002. boleh katakan macam2 kucing yang kami bela, kebanyakannnya kami kutip. tak mampu nak beli2 kucing nih..huhu.

Antara Nama-nama kucing yang sudah arwah (ikut kronologi) :
1. comot (tak ingat status)
2. tompok (eksiden langgar lari)
3. bulat (menghilangkan diri masa hari raya haji)
4. terry@anak si bulat (mati sebab tersepit dekat garaj rumah)
5. comel (mati sebab sakit)
6. amy (mati sebab sakit)
7. labu ( kucing jantan paling manja, mati semasa keluarga pergi penang hjg tahun lepas)
8. minyak (hidup lagi sampai sekarang)

Si Comel


antara kucing kesayangan keluarga ialah bulat dan labu. si bulat nih kucing betina. adik2 dengan saya mula bela bulat dari dia kecil lagi. apa yang menarik dengan kucing nih, dia pandai buang air dalam tandas. tak payah keluarkan dia dari rumah pun tak apa. lagi satu, si bulat nih suka menjilat orang dekat tangan, kaki, rambut pun dia jilat..huhu. memang family saya sayang sangat, dah macam ahli keluarga sendiri. 

Si Labu

kucing kedua yang paling keluarga saya sayang ialah si labu. warnanya kelabu belang2 putih. kucing jantan, tapi sangat manja dengan orang dalam keluarga. tapi dengan orang luar maaflah, dia nampak je, terus lari.  orang luar jangan pegang! sebab dia akan cakar anda..hehe. ada seorang pekerja ayah datang ziarah rumah, bila nak pegang je si labu nih, zappp!..leher kena cakar.nasib baik tak dalam luka. lagi satu, hobi dia sama macam si bulat, suka menjilat orang. suka duduk dekat riba orang :) tidur pun dengan orang.cuma bila dah besar je kena keluarkan dari rumah kerap sikit.

Gambar kenangan terakhir bersama Si Labu

Sekarang kucing yang ada kat rumah cuma kucing betina, namanya si minyak. kenapa nama dia pelik sangat? saya pun tak tahu, nama tu, ayah yang beri. sebab ayah yang kutip dia..huhu. memang melekatlah nama tu sampai sekarang. dulu si minyak nih couple dengan si labu. ada zuriat si labu nih.tapi sayangnya anak2 si minyak nih mampu hidup dalam 1 minggu je..sob3. balik2 dari cuti je, tak sempat nak jenguk anak dia. tinggal la dia sampai sekarang. yang membuatkan si minyak nih kecewa sangat pakwe dia dah tak ada, sampai sekarang dia asyik kuat makan je. boleh katakan kucing paling gemuk kalau nak bandingkan dengan kucing2 yang pernah keluarga saya bela sebelum ini. hari2 dengan friskies. kalau masa tengah kering duit, beli yang timbang je, habis cerita :)

susah betul nak ambil gambar si minyak nih :(

gaya tidur favourite si minyak :)

gaya tidur sopan :)

terlampau penat kot..huhu

bagi sesiapa yang ada kucing jantan yang comel2 dan tak mahu bela, bolehlah dermakan kepada keluarga saya yer..heheh :)


9 KOMEN:

Burp said... [Reply to comment]

hahaha..comei2 sgguh kucing anda...ak pon ske tgk kucing2 camnih...arwah labu sgguh comei..huhu

Shuk said... [Reply to comment]

heheh..tu la, takde pengganti lgi si labu..

_aliahwafa_ said... [Reply to comment]

ouh.....sgt cmel! sgt comel! sye own suke giler kucing! hmpir satu family, except mak ngan akak sorg uh.

Shuk said... [Reply to comment]

huhu..biasa la tu, mak2 jarang nak suka kucing. :)

supergassoline said... [Reply to comment]

ahahaa~ otai abess minyak tuh tito an..

:))

Shuk said... [Reply to comment]

tau takpa, hari2 si minyak tu tido camtu :P

kyo_9 said... [Reply to comment]

huhu.. ak plak fobia ngan kucing.. kakak ak penah kene cakar ngan kucing kt pipi sampai berbekas sehingga ke hari nih~ -_-"

Shuk said... [Reply to comment]

parut kna dari kucing, mmg susah nak hilang..kat tgn aku pun de bekas, smpai skrg..huhu ~

jasonbob said... [Reply to comment]

vapormax
off-white
supreme clothing
lebron shoes
jordan 1 off white
moncler
nike air max
goyard bags
kevin durant shoes
nike air max shoes
xiaofang20191222

Related Posts with Thumbnails