Thursday, May 6, 2010

Kasih Sayang Sepasang Burung

Mungkin ramai dah lihat, sekadar berkongsi buat peringatan untuk semua. Gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis pada hari ia disiarkan. Di sinilah pasangan (isteri? suami?) kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah.

Di sinilah ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu, dan menemaninya dengan penuh setia dan kasih sayang..


Sekali lagi ia terbang dan datang membawakan makanan, namun ia sangat terkejut apabila mendapati pasangannya telah mati.. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang sepertinya..

Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak, dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian itu dengan hiba..

Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya....Hidup menjadi sepi...

Begitulah kasih sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhluk-Nya..Manusia bagaimana? Pastinya burung yg ditinggalkan pasangan ...hidup menjadi sepi...kita manusia? Renung2 kan bersama. 

5 KOMEN:

safiyyahosman said... [Reply to comment]

manusia skarang ja yang dah xtahu nak hargai n bekasih sayang..

shaffique said... [Reply to comment]

sedih la tengok gambar ni.. thanks bro pasal info ni..


My latest entry : Drogba Dan Ronaldo Jadi Model Seluar Dalam

Shuk said... [Reply to comment]

tu la, manusia tggi taraf berbanding makhluk lain kat muka bumi nie.akal fikiran pn ade..tapi realiti zaman skrg..mungkin haiwan lebih mulia dari manusia yg sanggup buang bayi sendri~

Hafiz Ajmain said... [Reply to comment]

sedih2 :(

Shuk said... [Reply to comment]

saya pn turut sedih jugak :(
kesian kan...

Related Posts with Thumbnails