Thursday, May 6, 2010

Muhasabah Diriku ~

Assalamualaikum, slamat pagi..dah tunaikan kewajipan anda?kalau dah, Alhamdulillah syukur..diri yg lemah ini tergerak hati untuk menaip isi dlm hati saya..Cuba fikirkan sejenak..lapangkan minda anda..matikan screen lappy atau komputer anda sebentar..

Selepas anda solat, tak kiralah waktu subuh ke, asar ke..lepas habis tahyat akhir, salam.. kalau sempat, zikir 1-2 minit..kemudian berdoa..tpi dlm doa kita, pernahkan kita mohon. Ya Allah..Terimalah Solat yg kami tunaikan ini. Kalau belum, moga selepas ini anda boleh amal2kan..sebab solat kita belum tentu lagi diterima oleh Allah..dlm solat, barangkali fikiran kita jauh memikirkan duniawi..walhal luangkan masa untuk bersama-Nya tidak makan masa yg lama kan..

Lepas habis solat, duduk atas sejadah..rehat sebentar..fikirkan apa yg kita sudah buat pada hari ini..apa amalan yg kita dah lakukan hari ini..apa dosa yang pernah kita buat hari ini..

Kalau sempat, bukalah Al-Qur'an..baca 1-2 potong ayat pn cukup kalau xmampu. tak rugi kan, ambil masa sedikit je pn jadilah dalam 1 hari.

Oklah, saya pn nk rehat sekejap..moga apa yang baik dapat anda ambil, sampai2kan dan amal2kan..insyaAllah :)

Dari hambaMu yg lemah dan hina ~

0 KOMEN:

Related Posts with Thumbnails