Thursday, June 17, 2010

Apa Pendapat/Komen/Kritikan/Cadangan tentang Blog ini

Assalamualaikum, salam sejahtera diucapkan. moga anda semua dalam keadaan yang sihat dan ceria selalu. Entri kali ini cuma nak cerita sikit pengalaman sejak menceburkan diri dalam dunia maya iaitu dunia blog..tak silap shuk, rasanya ada laa lebih kurang 9 bulan blog nie bertapak (mula aktif kembali sejak bulan april 2010). pada mulanya saya cuma suka-suka je nak buat blog nie..bila tengok kawan-kawan yang lain ada blog, secara tak langsung saya pun tertarik untuk buat. masa tu toksah cakap laa..blog memang kucar-kacir. dengan template-nya entah ke mana, coding pun tak pandai lagi nak godeh-godeh. rasanya kalau kenang balik, nak tergelak pun ada..huhu.

Sejak berjumpa dengan geng blogger, bermulalah era baru..chewah!. perubahan demi perubahan berlaku secara tak langsung. disebabkan saya memang sukakan benda baru, suka belajar perkara baru. habis semua blog-blog tutorial saya geledah ^_^. edit sana, edit sini.cut sana, paste sini. maklumlah, masa tu blog memang berterabur. antara blog-blog yang saya selalu belajar daripada mereka seperti blog cik Edriena , blog sentral (yang nie dalam bahasa enggeris), blog nescafe ais dan lain-lain lagi. tutorialnya mudah dan senang nak difahami. tapi tak pasti laa semua orang boleh faham kot..hehe.

Dari situ, sikit-sikit shuk edit, buang mana yang patut. bubuh mana yang perlu..kadang-kadang ade juga yang tak patut pun shuk letak... walah, blog shuk mula berubah wajah. tapi masa tu, masih belum jumpa lagi template yang betul-betul sesuai dengan blog shuk. mula-mula saja je test template macam kat bawah nie.

lupa nak print screen penuh template blog dulu, ini je yang sempat ambil

Agak lama juga laa template nie shuk pakai. tapi bila tengok blog-blog lain..kenape banyak blog lain yang sama template dengan shuk nih..dah la tu, semuanya blog dari perempuan..adoi. bila dah lama-lama, tengok pun dh bosan..fikir balik nak tukar template yang baru. kalau boleh jarang orang pakai atau tak ada langsung orang pakai. 
Sekarang, template putih memang menjadi pilihan hati..nampak suci, bersih..huhu. mata pun tak sakit nak tengok kan. tapi tiap kali tengok, macam ada je yang kurang. tak tau la. mungkin sebab manusia nie memang tak pernah puas dengan apa yang ada kot..dan menjadi lumrah sukakan benda yang cantik :)

Apa pendapat korang tentang blog saya nie. 
  1. adakah terlalu berat/lama bila loading? 
  2. banyak widget atau popup yang bukan-bukan?
  3. isi kandungan kurang menarik?
  4. berserabut ke?
  5. iklan tak kena tempat?
  6. saiz tulisan tak boleh nak baca?
  7. friendly user?
bagilah apa pun komen , kritikan anda supaya saya boleh perbaiki mana yang kurang, mana yang tak sedap mata memandang. saya perlukan komen  dan idea anda supaya para pengunjung selesa bila singgah blog ini.

p/s: dulu blog nie hanya untuk saya je baca, sekarang blog dah jadi untuk saya dan para pembaca pula. komen anda amat saya hargai. terima kasih daun keladi ^_^




18 KOMEN:

hudhud said... [Reply to comment]

so far ok je lah :)
just banyak sgt widget je. tp takdela semak sgt pun. loading laju tkde mslh hehe :D

Shuk said... [Reply to comment]

@hudhud: huhu..thnks atas komen anda. widget mane eh yang rase2 tak patut?

ayin~weeweet said... [Reply to comment]

aah..ok je.cuma tak colorful sgt kot.tapi tak apa..blog laki puteh nampak kemas hahaha

Shuk said... [Reply to comment]

@ayin: hmmm, nak colourful camne ye? setakat nie memang belum de buat ape2 banner lagi untuk blog nie~

Khairi Mohd said... [Reply to comment]

cun. bersih. cuma load kat sini lambat sikit. widget byk sgt kot awk.

Kuku Cegon said... [Reply to comment]

oke je . .
ringkas dan tak serabut .
huhu

Shuk said... [Reply to comment]

@khairi: trimas atas komen anda ^^. hmmm, lepas nie nak kena buang sikit widget yang tak berkenaan :)

Shuk said... [Reply to comment]

@lala: yeke.baguslah camtu. thnks for your comment ^_^

senandung semalam said... [Reply to comment]

ok je... just nk load je lmbt...
the rest is okay..
;)

Shuk said... [Reply to comment]

@senandung: owhh, lambat loading eh..nanti sy check blik mne yang buat blog nie berat :)

Ann said... [Reply to comment]

1.loading lame skit la...bila nk dbandingkan ngn blog aku lah, mybe slh satu faktor widget la

2.byk widget...tp takde lak spam/popup yg kuar

3.isi ok...taklah meleret2..ak tak brp suka baca blog yg tlalu meleret2...

4.tak serabut..

5.iklan ok..sennag nmpak

6.tulisan orait

7.owh friendlyyy......:D

Shuk said... [Reply to comment]

@ann: ooo, cmtu eh. agak2 widget pe yang buat blog nie berat? hmmm..

amirah said... [Reply to comment]

bagi aku blog ni simple,nice,teratur,xsakit mata memandang.

nabilah_2908 said... [Reply to comment]

hmm...blog ni ok...simple jer...

tp...agak gloomy sikit..myb boder blog ni boleh tukar warna dr kelabu ke biru laut..mcm warna nuff or kontact me...

loading...ok..tk lambt mn pun..and xde pop out ads..(^_^)

yg lain...ok dh semua...

happy blogging.. :)


jom ke APA KATA HATI pulak,
AWSOME PHOTOGRAPHY

Shuk said... [Reply to comment]

@amirah: terima kasih ats komen saudari :)

@nabilah: huhu..nanti de mase nak godeh balik coding template nie..semua nampak kelabu je kan.. :P

jasonbob said... [Reply to comment]

kevin durant shoes
nike air max shoes
coach outlet
adidas gazelle
calvin klein
balenciaga speed
supreme outlet
kobe 9
jordan retro
longchamp
xiaofang20191222

Unknown said... [Reply to comment]

replica bags nancy replica bags in uk replica bags aaa

soslought said... [Reply to comment]

see page bags replica ysl find more Louis Vuitton fake Bags why not try these out replica bags

Related Posts with Thumbnails