Assalamualaikum dan selamat sejahtera..mari kita baca sejenak tentang kisah ini.
Suatu hari, Khalifah Umar Abdul Aziz merasa terlalu panas. Cuaca di luar begitu menyegat, udara pula bertiup kering..Kehangatannya yang membakar kulit membuatkan pakaian khalifah dibasahi peluh.
Tugas sebagai pemimpin yang sentiasa sibuk, menyebabkan kepanasan itu bertambah-tambah. Tanpa berlengah, Khalifah Umar memanggil pembantunya. "Wahai pembantuku," kata Khalifah Umar sambil mengelap peluh di muka. " Aku terlalu panas dan mengantuk, tolong kipaskan aku," kata khalifah lalu berbaring. Pembantunya akur melaksanakan tugas yang diarahkan. Namum cuaca yang terlalu panas membuatkan Khalifah Umar sukar melelapkan mata. Dia gelisah di perbaringannya.
Setelah satu jam, barulah Khalifah Umar terlena sehingga termengah-mengah pembantunya mengipas. Akibat terlalu penat, dia pun turut tertidur di sisi khalifah. Setelah puas tidur, Khalifah Umar terjaga. Alangkah terkejutnya dia bila mendapati pembantunya terbaring di sisi, gelisah tidak dapat tidur lena kerana kepanasan. Khalifah Umar memerhatikan pembantunya itu dengan rasa simpati.
Lantas Khalifah Umar mengambil kipas lalu mengipas pembantunya itu, hinggalah lelaki itu terjaga. Segera dia bingkas memohon maaf berkali-kali kepada Khalifah Umar. "Tuan, maafkan saya. Saya tertidur ketika sedang menjalankan tugas tadi", katanya dengan rasa bersalah bila mendapati khalifah begitu tekun mengipasnya.
"Tak mengapa. Tidurlah...kamu pun manusia biasa macam aku juga. Tentu kamu panas dan mengantuk...tidurlah," kata Khalifah Umar sambil tersenyum ^__^
Anda pula bagaimana, pernah merasakan situasi seperti ini? bagaimana pula layanan majikan / bos anda bila satu ketika, anda terasa penat/letih semasa bekerja..pernahkah anda diberi rehat seketika? pernah dilayan dengan baik? fikir-fikirkan.. sebab saya pun belum ada kerja tetap lagi ^__^
Dipetik dari sumber majalah Mastika bulan september 2001
Dipetik dari sumber majalah Mastika bulan september 2001
13 KOMEN:
huhuh... ade ke lagi para pemimpin sekarang macam Khalifah-khalifah Islam dahulu? Ermmm..
ade lg ke majikan mcm 2... subhanallah... mulianya perbuatan khalifah umar..
erkkk...nnt die kuar arahan, ikut undang2 syarikat...
@senandung: untuk pengetahuan awak, khalifah ini khalifah ke 6 Bani Umaiyyah
@Kazaztan: huhu, biasa la..kalau undang2 dipandang tinggi dari lumrah sifat manusia, penat pun tak ambil kira.
@hapiz: ada lagi, cuma kita jarang dapat lihat sifat2 tu dalam pemimpin2 kite. ataupun sekadar gimik@lakonan..wallahualam.
bos ak mmg bek...kalo xsht ke, dia bg cuti
kalo xckup duit ke, dia bg pjm...
psl dia sgt bek, penah tulis psl dia dlm blog...
huh.. kalo ade bos cam ni ok la.. tapi nede lah.. aku dok kipas bos2 je hri2.. spya leh jadi sayap kanan die...
zaman skarang nk nek cpat.. kipas jgn xkipa.. :P
xda bos ag..cerita yg baik :)
@ann: wah, untungnye dpt bos baik kan, kebajikan terjaga ^_^
@Ezad: hehe, kipas kuat sikit, baru bos sejuk je hati tgk anak buah :)
@amirah:nanti dah keje, dpt la bos.. terima kasih amirah :)
alhamdulilah~
bos aku skrg bertimbang rasa
wlupun kaum bukan melayu
bersyukur sgt ;)
huhu... tak penah lagi bace kisah ni...
n mule2 tadi aku berat gak nak bace....
setan berkerumun kot sini...
haha...
papepun susah nak cari sifat mcm tu kat majikan kot...
ada yg memahami n ade yg x...
aku x keje pun lagi tpi time praktikal ni aku dpt tengok la bende tu....
huhu...
sukarnya nk dptkn pmimpin spt itu d zmn skrg.. hmmmm
@kie-yu: baguslah, untung kan ^_^
@Apan: heheh..memang, mase praktikal pun dah boleh lihat suasananya.
@yu zawa: hmmm, agak susah juga nak jumpa zaman sekarang..
Post a Comment