Monday, May 31, 2010

Pandangan dalam Memulihkan Kekuatan Ekonomi Islam

Assalamualaikum dan salam sejahtera. anda semua sihat hari ini? selagi kita sihat, gunakan nikmat sihat tu dengan dengan sebaik-baiknya.kalau sakit, bersangka baik dengan Allah sebab setidak-tidaknya dosa-dosa kecil kita dikifarahkan..tiap2 yang berlaku ada hikmahnya kan? :)

Bila saya baca entri blog lain, baca dari suratkhabar..rata2nya giat membicarakan tentang Malaysia mungkin akan Bangkrup pada 2019.tambahan lagi dengan ura-ura hutang Malaysia. anda risau tak? saya pun naik risau bila dengar ayat HUTANG. mana2 orang pun akan risau kalau ada hutang. kalau boleh nak elak sangat dari berhutang dengan mana-mana pihak atau individu. tapi saya pun tersangkut jugak sebab masih lagi dalam proses melangsaikan hutang pinjaman PTPTN..heheh.

Saya ada buat sedikit huraian dan rumusan dari Artikel Ilmiah Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.
Daripada Abi Burdah, daripada Abi Musa, katanya sabda Nabi S.A.W. : “Sesungguhnya kaum al-‘Asy’ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripada aku dan aku daripada mereka." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith di atas, kita boleh lihat bahawa Nabi S.A.W. memuji sikap tolong menolong, bantu membantu serta perasaan mengambil berat antara satu sama lain. baginda S.A.W memuji sikap yang ditunjukkan oleh kaum al-‘Asy’ariyin yang jamin menjamin kebajikan sesama mereka. maksud “Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka” ialah mengambarkan redhanya Nabi S.A.W. dengan tindakan mereka. Betapa yang mereka lakukan menepati ketaatan kepada Allah S.W.T.

gambar hiasan semata2


Tolong menolong sesama sendiri atau puak, atau bangsa tak dianggap sebagai perkauman yang sempit. sebabnya mana2 individu atau organisasi kadang2 tak dapat laksanakan bantu-membantu dalam semua masyarakat. Tapi konsep kebajikan tak boleh dihadkan dalam sekelompok sahaja. contohnya orang miskin sahaja. padahal ada sesetengah yang miskin bukan sebab yang munasabah. kalau ikutkan..ramai lagi yang memerlukan pertolongan, bantuan dari kerajaan tapi tak ada dalam pemerhatian je.

Rasanya wujud lagi ke sikap asabiyyah ( tolong kaum atau kumpulan sendiri sahaja) dalam negara kita??? cuba anda renung balik. rasa-rasanya..

Kalaulah tolong menolong sesama puak diizinkan dan dipuji oleh Rasulullah S.A.W. demi kebajikan terutamanya ketika waktu susah dan terdesak, tentulah tolong menolong sesama muslim dalam keadaan Islam dimusuhi dan ditindas lebih dituntut. 
Bahkan tolong menolong, bantu-membantu dan jamin menjamin sesama muslim di dalam perkara  kebajikan adalah merupakan tuntutan dalam Islam. seseorang muslim sentiasa berusaha membantu saudara muslimnya yang lain. tapi apa yang berlaku zaman sekarang??? pantang nampak orang lain maju, mulalah niat dengki timbul dalam hati.

Seperti yang kita tengok sekarang, penglibatan umat Islam di tanahair kita dalam bidang perniagaan masih dalam keadaan yang tidak kukuh. Para peniaga terutama muslim menghadapi cabaran yang kuat di sudut persaingan. Agak sukar untuk kita dapati pasaraya-pasaraya besar dimiliki oleh muslim atau memasarkan barangan keluaran muslim. Ini berlaku disebabkan fakktor-faktor tertentu, mungkin salah satunya perkauman.

Disamping itu juga kedai yang dimiliki oleh umat Islam juga jumlahnya terhad.tidak seperti bangsa lain seperti cina yang majoritinya menguasai ekonomi kita secara langsung. barangan produk muslim jugak lebih terhad. lebih dari itu, kita tengok..agak sukar selain daripada muslim membeli barangan produk buatan Islam. Keadaan ini tentu akan menjadi lebih buruk sekiranya umat Islam sendiri tidak membeli digerai, kedai atau pasaraya yang dimiliki oleh saudara muslim mereka. demikian juga keadaan menjadi lebih buruk sekiranya umat Islam tidak membantu membeli produk muslim.

Di peringkat antarabangsa pulak, negara-negara umat Islam masih lagi bergantung kepada dunia barat. Ini adalah salah satu faktor yang menjadikan dunia Islam rendah kepada Barat. Banyak bahan mentah yang dimiliki oleh umat Islam terutamanya minyak tetapi masih gagal untuk menjadikan dunia Islam yang digeruni.

Dipetik dari rujukan:

Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi : “Kekuatan ekonomi kita terbengkalai. Kita hudup di bumi Allah yang paling strategik, paling baik dan subur. Bumi yang paling banyak galian yang tersimpan dalam perutnya dan kekayaan yang bertebaran di atasnya. Malangnya kita tidak menggerakkan kekayaan kita, tidak berani di bumi kita,tidak menghasilkan keluaran dari galian sedangkan bahan mentahnya dikeluarkan dari bumi kita…. Jadilah kita dalam banyak keadaan pengguna bukan pengeluar, pengimport bukan pengilang. Kadang kala kita menghasilkan produk yang kita tidak memerlukannya dan kita abai dalam menghasilkan barangan yang sangat kita perlukan. Kita berbangga dengan memiliki kereta-kereta mewah antarabangsa, sedang kita tidak tahu untuk membuat basikal sekalipun.” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Aina al-Khalal, ms. 12-13, cetakan muasasah al-Risalah, Beirut.)

Dalam keadaan sebegini, umat Islam dalam semua peringkat individu dan negara dituntut melahirkan sikap persaudaraan Islam. menghasilkan produk keluaran muslim adalah suatu kewajipan agar kita bebas dan tidak bergantung kepada orang lain. demikian juga membeli produk muslim, atau di kedai dan pasaraya yang dimiliki oleh orang Islam adalah kewajipan agar tanggungjawab tersebut berjaya disempurnakan. Bagi peringkat antarabangsa berdagang sesama negara umat Islam adalah kewajipan kerajaan-kerajaan umat Islam yang ada.

Ini salah satu cara terbesar pada masa sekarang dalam menunaikan taggungjawab bantu membantu dalam menguatkan umat. Sekiranya individu umat memiliki kuasa ekonomi, maka masarakat Islam sekaligus akan menjadi kuat.apatah lagi dalam negara kita.


Selagi kita tidak dapat membina kekuatan ekonomi umat, sehingga kita mampu berdiri dengan sendirinya, kita akan terus menjadi umat yang lemah. umat Islam wajib terus berusaha mengeluarkan berbagai produk dan keperluan sehingga kita tidak bergantung kepada orang lain.contoh mudah kita lihat.. pada cuti perayaan orang lain di negara kita, orang Islam menjadi terdesak untuk membeli dan berurusan, ini menggambarkan betapa kita bergantung kepada orang lain.

Pesanan: Membantu ekonomi muslim adalah ibadah.

Wujudkan badan kebajikan atau seumpamanya demi membantu kebajikan sesama muslim juga adalah ibadah dan perkara yang dipuji dalam Islam. Wallahualam. 

p/s: tak sanggup lihat Malaysia Muflis...

2 KOMEN:

kyo_9 said... [Reply to comment]

yup.. setuju sangat2~
kita asik "menerima" jer.. bila lagi nk ubah kedudukan kepada "pemberi" ek? ;)

Shuk said... [Reply to comment]

kyo_9@ tak boleh selalu jadi penerima je. sampai bila pun xkan maju :)

Related Posts with Thumbnails