Sunday, May 30, 2010

Sebelum & Selepas?

Salam semua.Sebelum saya terjah katil yang empuk, bertemankan bantal peluk...anda dijemput untuk baca sedikit perbezaaan antara sebelum dan selepas (cinta, kasih, sayang dan hati) ...

 Gambar hiasan semata2


CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)

C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.


KASIH :

(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)

K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.



SAYANG :

(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)

S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :(sebelum kahwin)

H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)

H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa...
macam mana? rasa2nya betul tak apa yang saya tulis nih..huhu..jangan terasa yer.
kesimpulannya..lebih baik bercinta selepas kahwin.insyaAllah bahagia kekal selamanya.
carilah cinta yang hakiki, cintakan Allah barulah cinta pada manusia akan datang pada kita dengan sendirinya. jangan jadi macam saya dulu~ renung2 kan :)

4 KOMEN:

@cik_ezati said... [Reply to comment]

cinta yg sejati hanya cintakan Ilahi
cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan..=)

Shuk said... [Reply to comment]

betul2..sokong pendapat cik zati :)

kyo_9 said... [Reply to comment]

nice bro..
elok kejar cinta lepas kahwin la camni..

Shuk said... [Reply to comment]

hehe..tak pun, suruh je mak ayah dah temukan jodoh kita. ala2 macam zaman dulu pulak :P

Related Posts with Thumbnails